Monday, December 22, 2008

Suara Yang Manis

Entah kenapa teringat pada suara itu.
Suaranya manis sekali terasa rindu benar pada dia.
Winnie ...... salah seorang client saya ...... suaranya manis benar.
Bila2 hati terasa risih bila disapa panggilannya seakan terubat hati ini.
Peliknya dia tak pernah saya temui. Kami cuma seringkali berbicara di telephone.
Pernah juga ketika airmata betul2 ingin tumpah tiba2 disapa panggilan Winnie.
Suara yang manis itu seakan sedap benar di telinga. Saya khabarkan pada dia .....
" Winnie ..... suara U manis sekali ...... bila dengar nak menangis pun tak jadi ......"

Ada juga ketika saya merasa tiada siapa2 lagi yang mahu mendengar ...... ketika airmata laju saja ingin tumpah.
Saya menekan nombornya. Bila telinga disapa empunya diri ..... saya katakan padanya .....
"Winnie I tengah sedih ....... boleh dengar suara U......."


Akhir sekali suara manis itu menyapa telinga ini, saat dia memberitahu bahawa dia akan bertukar kerja.
Itulah kali terakhir juga suara manis itu menyapa telinga.
Hari ini entah kenapa telinga ini merasa amat rindu pada suaranya.
winnie ...... di mana kamu