Monday, May 24, 2010

Walang ....

Hati yang Walang
bagaimana mahu kupujuk kamu
Hentilah berlagu sendu
aku penat mendengar kamu

Hati yang Walang
Apakah caranya untuk kau tenteram
dadaku menjadi sesak dan sebak
aku lesu mendengar kamu

Hati yang Walang
kenapa aku!

Wednesday, May 19, 2010

Dimakan Emosi ...

**** Entry yang penuh Emosi ****

Dalam hidup sy jarang menyesal
tapi hari ni
aku menyesal sgt2
amat2
kenapa aku boleh terlibat
kenapa aku akhirnya terjebak
aku benci FB
Tuhan ...
andai nanti yang tersisa hanya kesakitan buat aku
aku mahu deletekan saja akaun FB itu
moga2 aku tidak terus dimakan emosi seperti pagi ini
aku SUNGUH2 mahu deletekan dia
TUNGGU saja sampainya masa itu
SUNGGUH!!!!

Thursday, May 13, 2010

Bila Selalu Terkurnia ....


kakiku .. telingaku
dugaan yang menerpa dengan tiba2
mungkin selama ini aku terlalu DIKURNIA
maka aku lupa betapa nikmatnya menyedut udara

Hmm ..
sahabat ..
kamu pula yang menghela
apakah tandanya itu

Tandanya aku juga seperti kamu
kdngkala kita mmg mudah terlupa
bila selalu dikurnia
senyumlah kawan
ada yang merindui senyumanmu itu

Hampir sepurnama juga kakiku sakit
kasihankan dia asyik berdenyut dan tidak bernafas
dibalut kain putih yangbersalut entah apa
ramuan rahsia si sensei yang harganya agak mahal itu
sensei itu sekarang berada di china
ketentuan barangkali

ketentuan tentang apa

ketentuan tentang macam2
aku rasa tuhan tidak mengatur semuanya secara kebetulan
sebaliknya ia ketentuan yang sudah ada tersirat dan tersuratnya
cuma manusia yang selalu dikurnia seperti aku
mudah lupa
atau gagal membaca yang tertera
gagal mentafsir peta
gagal mencari makna yang tersembunyi
atau rasa sakit ini yang membuatkan otak ku jadi gagal berfungsi
(hehehe lawaknya ...)

Aku patut lebih membuka mata dan melapangkan dada
lihatlah udara kiriman tuhan buat semua...
cukup dan tidak pernah sampai melemaskan kita
lihat semuanya sempurna ATURAN tuhan
itu tandanya DIA ada
dan DIA mahu kita terus bernyawa ..
Untuk itu ...
Aku bersyukur selalu TERKURNIA dan hanya kadangkala diduga
hanya sekejab dicuba ...
dan kupercaya itu semua
adalah tanda cintaNYA ...