Thursday, December 29, 2011

My Mum & Stories ...


My late Mum ...
Mak Com or anak2 buah panggil mak Lang /mak Jang ....
Aruah mak byk membaca dan amat suka membaca
smpai kesemua anak2 mak mengikut hobi yang 1 nie ....
Malah mak suka membaca kitab2 lama hingga mak
mempunyai pengetahuan luas tentang pelbagai cerita ...
1 hari mak membuka cerita sebenar tentang
HIKAYAT SITANGGANG yang dibacanya dalam
makalah2 terdahulu ...
kata mak ... kalau mengikut cerita yang terdahulu
TANGGANG amat daif dan miskin sehingga ibunya tidak berbaju
malah mereka amat semua haiwan yang ada dihutan ...
mengikut mak sebenarnya IBU si TANGGANG membawa LUNTUNG (spesis
seperti monyet) untuk diberikan kepada TANGGANG yang sudah menjadi kaya
OLEH sebab itulah TANGGANG terasa amat malu dgn isterinya untuk mengaku
IBUNYA setelah melihat LUNTUNG salai yang dibawa malah keadaan ibunya
yang tak berbaju membuat TANGGANG terasa begitu malu ..
kata mak lagi saat TANGGANG tidak mahu mengaku IBUNYA. wanita
yang tidak berbaju itu menadah kedua teteknya menghala ke Langit ... dgn
airmata yang bercucuran dgn hati yang terlalu sayu maka dia pun memohon

"TUHAN kalau benar dia anak aku. Anak yang aku kandung dan anak yang aku
besarkan dengan susuku ini. Maka kau sumpahlah dia kerana dia sudah
melukakan hatiku ini ..."

tragiskan namun membayangkan kembali cerita maka aku mula
menyakini cerita ini ... keadaan dan masa yang mungkin membuatkan
TANGGANG begitu malu untuk mengakui IBUnya ....
BUT itu bukan alasan dan biar apa pun keadaannya sepatut seorng
ibu itu mendapat tempat teratas buat seorg anak ...
BG mereka yang masih mempunyai IBU maka hargailah IBU anda selagi
masa menginzinkannya ...

Wednesday, December 28, 2011

At Last ....

Hujung tahun dah smpai ... at last kali ni
dpt juga sy habiskan bonus dengan bershopping
membeli brg2 yang diimpikan ...
ingat lagi last bonus tahun lepas ... semuanya di simpan untuk
baby yg akan lahir then bonus bulan april pun habis
untuk perbelanjaan umah n mr ryan ...
lama tu nak tunggu hujung tahun nie smpai ...
tepon yang last beli masa tunang 4 tahun lepas
baru kali ini berganti ...
sama juga dengan jam tangan yang dpt sebagai hantaran
nie juga telah dibeli baru ...
OHHH my OVEN nie OUT OF STOCK lakkkk!!!! dah
berkali2 usha kat giant. Stock baru belum smpai
cmner nie ... ni benda yang mesti beli sbb
sy berangan dah nak membakar kek ayam n segalanya
cepat2 ... hantarkan stock baru ke GIANT ....
pict xder sbb bukan nak menunjuk tp nak kongsi
rasa hati ngan peminat tersayang yakni kak sue ... hehehehe
(entah yang lain mybe xbaca kot ....)

Wednesday, December 14, 2011

Bila Tuan Muda Sakit ....


Wajah2 little Ryan yang dijangkiti demam campak ...
nasib baik anak mummy ni kuat semangat so
demam n ruam campak sekejab jer dan sembuh
dalam masa 3 hari saja
syukur ...
Boss mummy tengok rupa litte ryan terus cakap
wah dah besar dia n mmg ikut muka mummy ler
lalalala ....
Ryan jgn sakit lagi klu x susahnya hati mummy kamu
ini yer

Friday, November 25, 2011

jgn marahkan hujan

pesan ibuku ..
jangan marahkan hujan yang turun
bila yang menangis itulah ialah aku
dan bukannya langit!!!

Monday, November 21, 2011

I Like Sports ....


Sungguh dan peliks sgt2
SEBAB
sesungguhnya masa sekolah2 dulu aku paling benci
aktiviti2 sukan gini
maklumlah nak membawa diri
yang agak besar ini untuk berlari, melompat dan apatah
lagik sukan2 yang sewaktunya
hangin n fed up bila sampai time sukan
lainlah akvitivi yang melibatkan bercakap
MAKA cepatlah aku berdepan
mcm aktiviti bersajak, pidato, debat dll
masa tu pasti muka aku dulu yg cikgu2 crk
Huhuhuhu ... dasar gila microfon bak kata2 kawan2 aku
merapek lak so balik ketajuk asal
aku memang x suka terlibat dlm sukan
BUTTTT amat suka menonton segala mcm
rancangan sukan kat TV
BADMINTON, BOLA, F1, ragbi dan DLL
semuanya aku layan
smpai dulu2 kat umah hangin jer kakak aku bila
waktu ada BOLA sebab siaran TV akan tertukar dengan
automatiknya n depa yang xlayan sukan
terpaksa bersengkang mata tgok dengan rasa mcm
tgh baca buku sejarah gamaknya ...
ingat lagi FINAL WORLD CUP 2006 kot xsalah aku,
sanggup bangun awal2 pagi layan games sorg2 atas tilam
jerit sorg smbil kawal volume takut adik sebelah aku terjaga ...
hahahaha n teringat perbualan ngan MID ... aku pernah kata kat dia
MID harap2 next world cup aku tgok ngan seseoranglah .. mybe laki aku ker n yes akhirnya memang the nexk world cup aku layan ngan mu HUBBY ...
NOW SEA GAMES maka sukalah aku
dok melayan sukan ngan HUBBY .... hujung minggu
rasa terisi jer XDERLAH mcm merepan jer selalunya tgok TV ...
so petang ni FINAL BOLA MSIA VS INDO
hati aku dah meronta2 dah nie
xsabar rasanya nak tonton games even mybe MSIA leh kalahkan ...
MALAYSIA BOLEHHHHH !!!!

Thursday, November 17, 2011

Kemana mahu berjalan-jalan ... makan-makan ...

Bulan cuti2 Malaysia dah sampai dah ...
Nov and Dec byk public holiday nie
Mula dgn next week dekat besday Hubby lak so rasanya mahu berjalan-jalan
celebrate and releasekan tensionnn BUTTT kemana dan dimana ...
Mula2 plan nak g Cameron so boleh balik umah MIL kat Bidor odw jalan2 tu
BUTTT teringat nak p cameron kena daki bukit n jalan pusing2
X MOHhhhh nanti sy feninglah ... SOOOOooo mau kemana!
kalau g pantai takut Ryan buat hal jer. Ryankan x suka panas ...
feninglah kepala Mummy nie ....
Hmmm or better kita g jalan2 kat shopping mall mana2! So kita leh spend the money with
shopping and makan2. Yes gud idea ...
Let's put it that waylah ... lalallaaalala

Wednesday, November 16, 2011

kamu
belum habiskan menghiaskan taman ini

hmm
mestilah belum taman ini perlu teliti
aku mahu kamu gembira dan menguntum senyum saat terlihatnya
aku mahu apabila melihat taman ini kau akan terus lupa apa itu
maknanya berduka
aku tidak mahu hatimu tahu ertinya walang

kamu
kamu sgt baik
betul2 memahami aku
kamu selalu ingin bahagiakan aku
seperti selalu seperti dulu
kamu tidak pernah langsung meninggalkan aku
terima kasih tuhan
dia berikan aku
kamu ...

terima kasih tuhan
kerana kamu menjadi tuanku
sahabatku
kalau tidak
bagaimanalah pula nasib kita

hmm
benar2 terlupa
sebenarnya aku tidak menyangka
yang selama ini kamu sentiasa ada
meladeni semua mimpiku
melayan semua impian2ku ..
tuhan tanpa sedar DIA kurniakan aku kamu

hmmm
bukankah aku yang bersama kamu
diatas rumah dalam bilik yang bergelap itu
bukankah aku juga yang temankan kamu di batas bendang
meladeni cerita2 indahmu itu
bukankah aku juga yang selalu meminjamkan suara
kepada batang mop kusut itu

hmm
aku mahu menangis
kenapa begini
hmm aku hanya mahu bahagia dan bahagia bagiku
bukan dengan emas dikeliling lengan
aku mahu senyum
sedangkan ia bukan bermakna terbolokku
dipenuhi dengan makanan mahal
tuhan
hari ini
sekali lagi aku kuat hati
kenapa dipencarian ini aku tetap rasa begini
aku perlu tenteramkan hati sendiri
aku perlu berdiri untuk kuatkan diri
siapa yang pernah cuba memperjuangkan aku
sakit
pedih
rasanya hati aku terkoyak
compang camping dan berdarah sini sana
kenapa itu yang aku temui
kenapa teman

hmm
kerana ada masa
kau kelelahan
kau kepenatan
kau kelemasan
kau tak mampu lagi menahan
maka teman menangislah seperti selalu
aku akan sentiasa mengesat hati aku
menyapu luka kamu

kenapa TUHAN tidak betul2 menzahirkan kamu kepada aku
kenapa?

hmm
mungkin bila aku dizahirkan
aku tidak mampu melihat dalaman2 kamu lagi
aku akan menjadi seperti mereka
aku tidak mampu memahami kamu seperti ini lagi
sbb itu aku begini

hati aku luluh
aku kira
ia belum sembuh
aku kira ia mula berdarah
dan aku cuba menampalnya dengan kepingan murah
yang tidak mampu bertahan
aku takut ia terbelah dan pecah
hancur ditiup angin dan menjadi debu
saat itu aku kira
semuanya sudah tidak berguna lagi

tidak
aku yakin kamu bukan begitu
kamu bukan mengumpul dendam
kamu cuba mencucinya dengan perlahan2
kamu cuba membasuhnya satu persatu
aku yakin satu hari nanti ianya akan jernih
kau yakin TUHAN itu adil
maka hari itu akan muncul juga nanti

aku lelah
aku lemah
maka masih mampukah aku terus menunggu

teman
ingat
redha tabah
dan ikhlaslah
maka akan kau temui jalanmu ...

Tuesday, November 15, 2011

BAKED LESSON 1





Horray2 ....
at last tahun ni sebab ALONG g mekah makanya
aku mendapat peluang memegang mesin2 membuat keknya
hahaaha ...
dengan bantuan masterchef yang dibawa khas dari langkawi
makanya bermulalah my lesson ... heheehe
akhirnya siap 2 biji kek!!!
yessss ...
best then I rasa dah confident nak buat kek sendiri
end year plsss came soonest .... can't wait anymore
byk benda I nak borong nie ....
lalalalala

ps : hasilnya x dapat dipamerkan sebab terlalu excited terus NGAPPP
lupa nak snap sikitpun ...

Dear Ryan VOL 1 : Mummy I want to ride ....


Mummy pls I want that! I want that thing!!! plssss







What thing honey? Oooo that thing we call car


hurry up mummy
I want to see it closely






jomm2





I'm so excitedlah mummy ....
how to play it


we need to ride it









okay 1st... let think how can U ride it



how to ride it
its bigger than me






then lets daddy show u how






(hahahaha! at last daddy help U ... then only U can ride ...)


Monday, November 14, 2011

Mungkin inilah kunjungan terakhir kami ...


Inilah wajah antara anak & cucu2 mak n abah
Kenangan terakhir di rumah kayu tepi sawah ...
sedih sayu ... walaupun hakikatnya rumah kayu itu sudah lama
ditinggalkan kosong namun kita tetap balik
setiap kali raya untuk menjenguknya namun
mungkin inilah kali terakhir selepas ini
rumah ini akan kita tinggalkan selama-lamanya ...











yang bakal tinggal hanya ingatan dan kenangan yang tak mungkin berganti
Inilah tempatnya tertumpahnya segala kenangan terindah
bersama mak n abah ... rindunya untuk merasa "RASA" itu lagi
namun ....










Bagaimana untuk melupakan tempat ini ..
bendang ini
permatang ini pernah menjadi tempat kami
bermain tempat kita menyemai semua impian ....











pemandangan ini mungkin
tidak mampu kita tatap lagi ....

pokok buah mempelam kuinin yang
saat buahnya masak meranum
baunya mengharum seluruh rumah
maaf kau juga mungkin bakal di musnahkan
ah sayu mengenang semuanya ...

Friday, November 11, 2011

My Beautiful Angels ...

Dija & Jazzmina penuh dgn cerita dan kaletah ...
Mesti sunyi tanpa 2 angels nie ...
Tgok tu kiranya nak menari baletlah tu ...


Ayu n Mimi
Ayu, Jazzmina & Putri ....
3 angels of us ...




Bila saya cuti inilah yang terjadi ...
boss ko buat kerja ker bergayut nie!!!
sapalah yang dok mengentel wayar phone aku ...

Thursday, November 3, 2011

--------Bye 4 a while---------------

pada mu laman
yang banyak menyimpan
kisah kita ....
aku tinggalkan kamu sekejab ...
sekejab cuma untuk menjenguk daerah tercinta
akan aku pulang
membawa kisah untuk dikongsi denganmu ...
tunggulah aku seperti selalu yar ...
doakan aku selamat pergi dan pulang
dah moga2 aku pulang membawa lebih kekuatan ...

hanya padaNYA ... hanya padaMU ....

kamu ...

hmmm
kenapa

aku kehilangan kata2
xtahu atau xperlu berkata2 barangkali

bila kata2 yang sama
perlu kau ulang
perlu kau nyatakan sedangkan kau
yakin yg pendengar itu tidak mahu pun memahami
tidak mahu mendengar dengan hatinya

rasa rugi
rasa sia2
bosan juga
tertanya2 apakah yang kucari
tak mungkin aku temui
mungkin dugaan tuhan untukku ..

KURNIAAN juga barangkali

hmm kau menyentakkan lagi hatiku ini
teman ... terhela beban dan sarat hatiku ini
dibujuk dengan kata2mu itu
kau tahu aku bermimpi
mimpi yang ku kira amat mahal amat berharga
aku terfikir mungkin tuhan sengaja
kurniakan aku mimpi dan rasa itu
agar kurasa manisnya kasih sayang
yang amat aku dambakan....

tuhan sentiada ada dan DIA sentiasa mendengar kamu

kini aku paham
kenapa kakak2ku hanya ingin menjadi batu
jd beku pada ikatan mereka
aku benar2 paham
untuk lebih bahagia
untuk tidak banyak menderita dan
lebih mengalirkan airmata
jadi pedulikan mereka
pedulikan
sebab mereka tidak pernah cuba
memahami kamu pun
xmahu pun mencuba untuk membuatkan kamu ketawa ...

drastik atau kamu cuba menghukum

tidak
aku bukan sesiapa untuk menghukum
manusia atau sesiapa saja didunia
aku hanya x mahu berduka
untuk sesuatu yang sia2 belaka
aku xmahu rasa hampa
untuk sesuatu yang xberguna
membazir masa juga airmata

kau semakin kuat
kental

atau aku
mahu menjadi batu
aku mahu membeku

mustahil
kerana aku kenal seorang kamu
hati kecil kamu terlalu besar ruangnya
hingga kamu memyemai terlalu
byak harapan dan kecintaan
percayalah
ianya KURNIAAN buat kamu

hmm aku mahu pulang
aku mahu berlari sederas mungkin
mendapatkan ibuku
yang menunggu dengan sekaki payung dibawah
sebuah pokok yang amat rendang
aku mahu memeluknya rapat2 erat2
aku mahu menangis semahunya
aku juga mahu bertanya ....
kenapa mereka begitu n kenapa juga
dia pergi meninggalkan aku ....

aku doakan seperti selalu
yang akan kamu temui kekuatan kamu

ya sehingga itu dan sampai bila2 pun
aku mahu DIA sentiasa ada denganku
tolonglah lindungi anak2ku itu ...
benar hanya padaNYA ... hanya padaNYA patut
kusandar seluruh harapan ... hanya padaNYA ...

Tuesday, November 1, 2011

TRAGEDI RACHEL CORRIE

Ini antara cerpen yang termuat dlm koleksi buku 'KOLEKSI CERPEN, SAJAK, SYAIR & PANTUN' yang akan diterbitkan tahun hadapan .... sila2lah menghayatinya ...

Salsabila pejamkan mata yang terasa amat berat untuk dilelapkan. Di mata kecilnya itu masih tergambar kisah seorang kanak-kanak kecil yang cedera parah dengan darah yang membasahi seluruh tubuh.

“Kenapa tu mama?” Itulah persoalan yang terkeluar pada bibirnya pada puan Salmah yang asyik mengadap laptop di hadapannya.

Salsabila nampak runtuhan bangunan dengan tangisan anak-anak kecil menahan kesakitan. Apa yang dah jadi dengan mereka, kenapa dunia mereka terlalu hura-hara. Salsabila tidak sanggup untuk terus melihat apa yang terlayar di televisyen.

“Mama!” Soal Salsabila yang mahukan penerangan ibunya namun puan Salmah sedang leka melayan rakan-rakan mayanya di internet. Ibu kanak-kanak tersenyum malah ada kalanya dia mengilai sendirian.

cerita lanjut sila layari link dibawah :

http://mast-tuc.blogspot.com/2011/11/tragedi-rachel-corrie.html

Kerjanya .....


Bosan kerja
bukan sebab byk kerja TAPI sebab takde kerja
dan kami terpaksa buat2 mcm ada kerja
pura-pura berkerja
kerjanya! berlakon saje
itulah cerita kami waktu bekerja yang takde kerja
KERJA gila betulll !!!

Friday, October 28, 2011

Mimpi Semalam ...


Mimpi yg sangat pelik
namun begitu indah ... hingga saat aku terjaga dan membuka mata
aku seakan masih terasa hangatnya ... rasanya ...
bila mata terbuka perlahan-lahan ...
hati disambar rasa yang begitu pelik ... mengapa dia!
pelik ...
rasanya membuatkan aku masih diawang-awangan hr ini
soalannya kenapa kamu!!!!

Tuesday, October 25, 2011

U ARE MOST WELCOME FRIENDS (DaH Lama Daaaah...) ...


Sebenarnya sy dah lama
berblogging atas nama minat pada dunia penulisan
bermula sejak 2008 dgn entry ini ...
dah lama daaah kan but seriusly sy jarang meninggalkan komen
pd semua blog2 yang wajib diterjah setiap hari ... just
waktu itu hanya mengomen pd entry rakan2 baik
yg dikenali masa di UiTM ...
sy selalu n senang menjadi silent reader n followers jer
setiap hari wajib blog2 mereka diterjah even mereka langsung tidak
tahu mengenali sy dan langsung tidak meninggalkan jejak ..
sebab seronok mengikut kisah hidup, coretan yang tertera yg
kdng2 menjadi pembuka hari yang kadang2 membakar semangat sendiri ...
akhirnya kehidupan mereka anak2 mereka menjadi sebahagian dr diri ..
namun sudah terlalu lama berdiam (silent and silence now is time to speak ... silent is spoken now ... hehehe)
now sy mahu terjah & meninggalkan jejak ... sy mahu melihat
adakah antara mereka yang rasa tertarik dengan penulisan sy seperti mana
sy menunggu ceritera mereka tanpa jemu ...
sy mengalu-alukan kedatangan mereka untuk turut berkongsi kisah
bingkisan sy samada suka ataupun duka ...
FRIENDS YOU ARE MOST WELCOME to mypage ...

Ryan yang suka membuli ...



Sejak akhir2 nie ryan dah pandai berebut ngan mummy
semua benda nak diambilnya
kalau dlm keta ryan dah pandai nak tarik2 tudung mummy
belum lagi ngan sticker2 yang tergantung kat depan keta semua
dia nak ambil ...


dlm seminggu ni Ryan dah boleh gerak laju n
sudah hampir menuju kabinet tv ...
terasa mcm xpercaya

selalu ckp gini ... Daddy tgok ryan dah boleh nak rebut2 brng ngan mummy
bukan main payah nak pakaikan pampers... dia sibuk juga nak pegang pampers tu
nak mandikan memang payah ... siap berkodek mcm anak ikan haruan jer ...
hahahaha so sweeet jer bila tgok ...

RM50 Gift Voucher from Mommy Lily


Sy dah lama jd follower blog ini
dr belum ada ryan sampailah ryan dah 7 bulan ...
just try my luck and ryan lucky for this year ..
mana tau kot2 murah rezeki kan ... hehehehe
now silent is spoken!!! hehehehe

Friday, October 21, 2011

KurniaanNYA ....



Sungguh
2 blog ini bila dilawati membuatkan airmata aku
pasti bercurahan laju
2 insan dengan cerita yang berbeza namun rasanya
begitu dekat denganKU ... mungkin tanpa sedar kami
menyimpan rasa "KURNIA"yang begitu lama ...


tiap kali membaca coretannya hati terus terpalit sayu
malah airmata mula menitis laju
kecintaannya kepada kucing membuatkan hati rasa amat terharu
dr kecil aku, alia dan adik mempunyai kucing masing2
namun setelah kehilangan abah kemudian berganti dengan ibu
kucing juga seakan menjauh dr kami
hinggalah 6tahun lepas adik membawa pulang kucing yang kebasahan
rasa sayu kami mengambil keputusan untuk menjaganya namun
anak kucing yang masih belum membuka mata itu
rupanya kesakitan dan tidak bertahan lama ... 3 hari kemudian anak kucing
yang kunamakan RAIN itu mati dipangkuanku ... tuhan
airmata bercucuran laju rasanya aku seakan aku melihat kematian ibu sekali lagi
rupanya 'rasanya' dan kesakitannya juga sama ...
adik selepas itu menemui lagi kucing yang lain dlm hujan lebat dan
ia kelihatan sangat lemah ...
biarkan takut perkara yang sama menimpa lagi ... kami mengambil keputusan untk
menjaganya namun perkara yang sama berlaku lagi ... TUHAN kali ini
dengan rasa yang sama airmata bercucuran hampir seminggu kerana kematiannya
rupanya baru aku sedar bahawa dlm hidup ini aku sudah byk melalui kematian kehilangan maka hati aku tidak mampu menanggung sebarang kehilangan lagi even untuk anak
kucing yang baru sehari aku temui ...
NAMUN setelah 2 tahun perkara itu berlaku
ketika pulang dr kerja aku terlihat anak kucing belang yang sedang mengiau
ketakutan .... puas aku menunggu namun tidak ada siapa pun yang datang mencari
anak kucingbelang itu ... sudahnya aku membawanya pulang dan diberikan kepada
adik ... TUHAN maha kuasa kucing belang itu sehingga kini terus bersama kami ... LEONARDO nama yang diberikan oleh adik ... selang sebulan kemudian adik menjumpai seekor anak kucing oren yang kehilangan ibu dan dibawa pulang ... dan oren yang dimanakan RAINY itu sehingga kini terus bersama kami ....

LEO & RAINY dua2nya kucing jantan .. sudah pandai bercakaran
even aku sendiri pernah menjadi mangsa akibat pergaduhan mereka ...
saat itu ramai yang menyuarakan aku membuang salah seekor ... TUHAN
kenapa hati aku menjadi sebu .. BUANG? salah seekor? mustahil
mereka yg sudah kuanggap anak sendiri itu boleh dibuang begitu saja
aku yakin mereka anugerah tuhan ... dan aku mengambil mereka dgn IKHLAS maka
aku harus redha mengalas semua tanggungjawab buat mereka ...
bukan mudah dan bukan senang bila HUBBY sendiri tidak senang dengan
kehadiran mereka ... maka tumpah lagilah airmata ini ...
ALLAH mudahkan aku ... aku bertawakal kepadaMU YA ALLAH ...
kau lindungilah anak2ku itu... kau kuatkanlah aku menghadapi semuanya ...
MAKA sebab itu aku rasa AMAT TERHARU KEPADA PEMILIK BLOG
INI YANG MAMPU MENJADI PARI2 BUAT KUCING2 jalanan ...
MYZA moga ALLAH merahmati kamu insan yg berhati MULIA ....

coretan dan bingkisan dr blog ini juga seringkali
menyentuh dalam kedasar hatiku ..
pasti jejari ini menyentuh pipi bg mengoles airmata yang
bercucuran laju ...
ALLAH begitu menduganya ... bagaimana kalau aku yang sedang
berada ditempat dia
aku pernah diduga benda yang sama walaupun hanya dalam
tempoh masa setahun namun sakitnya begitu menanar maka
apatah lagi dia ...
setahun lepas berkahwin dan masih tiada zuriat
hati terbeban kerana aku hanya anak yatim yg
amat memerlukan zuriat untuk kumulakan
keluarga sendiri ...
sakitnya pedihnya tak tertahan MAKA apatah lagi dia yang menunggu hampir 8 tahun
4 tahun selepas berkahwin dia diberikan berita gembira
dia mengandung namun saat permatanya itu berusia dlm 4 hari
dia diambil kembali oleh PECINTANYA ... TUHAN ... beratnya dugaan mu
pada bahunya untuk digalas ....
Mungkin aku tidak mengenalinya ... mungkin dia sendiri tidak akan pernah
membaca coretan ini namun kukira apa yang ditanggungnya itu begitu berat HEBAT ..
percayalah TUHAN bukan sengaja menduga kamu ... tuhan tidak akan sesekali
menganiaya kamu NAMUN TUHAN PUNYA CERITA yang tak terbaca oleh kita ...
mungkin ini 'KURNIAANNYA .." buat kamu kak ... percayalah!!!!

Aku benar2 mengharap yang ALLAH akan
mengrahmati insan2 mulia ini dengan perjuangan suci
mereka di pentas ciptaanMU ini ... moga2 impian harapan dan cita2 mereka
bakal dijelmakan tidak lama lagi
dan buat kita bersyukurlah dengan apa yang sedang
kita hadapi sekarang ... bersyukurlah dengan semua
'KURNIAANYA" ini samada gembira atau sebaliknya ....

Thursday, October 20, 2011

-------17.12.2002----------


Burung
Terbang pergi dan pulang
entah sesuka rasa
kenapa tidak manusia juga boleh terbang
ada sayap atau tiada itu bukan ukuran

Manusia tanpa terbang
juga hilang pertimbangan
putus asa lari dari kenyataan
Apatah lagi kalau boleh terbang
tentu separuh dr mereka mati terlanggar awan
pelangi nanti pasti segan menampakkan wajah
Dan
yang pasti kita sudah melawan
fitrah kurniaan tuhan ...
-------17.12.2002---------

Zaman Muda Dolu2


ni zaman sy muda dolu2
most wajah naif2 jer kan ...
ni class terpilih masa tu class 3KHAS means untuk budak2
pandai mcm semua muka2 kat atas nie je yer ...
teringat lagi ... mybe tercatat dalam sejarah sekolah
sorg budak dr class 2F boleh naik class 3KHAS memang masa tu
jadi bualan ramai ...
orang itu adalah sylah ..... ramai yang salute I masa tu
BUT the truth is ... masa tingkatan 2 sy br pindah sekolah dr PERAK
then guru besar tersalah tgok I punya results then letak I kelas bawah2
sedangkan masa kat sekolah lama I class 2A tau ....
apa lagi semua test semua exam semua subject I dapat markah TERTINGGI
n bezanya amat2 lak ngan yang lain2 ...
Masuk class ni jumpalah rakan2 lama ms sekolah rendah
yes most of them rakan kelas sekolah rendah dolu2
best ler class ni sebab selalu dpt special treatment from teachers tu
BUT ada cerita dari class ini yang membuatkan sy tertunggu hampir
15 tahun .... BUT bg sy itu semua kisah terindah yang tercatat
sepanjang perjalanan hidup ...
Rindu ngan wajah2 naif ini ... bolehkan masa berputar n apakah ianya ada berbeza
jika masa itu mampu sy putarkan ...