Wednesday, July 28, 2010

4 u all my lovely Friends ....





Smlm ketika mendapat berita gembira dalam hidup sy
wajah2 ini tergambar ...

KERANA ...
suka dan duka sy selama ini memang banyak dikongsi dengan mereka ..
merekalah tempat sy mengadu ... mereka sahabat sy yang kami kongsi
pelbagai benda & perkara selama 12 tahun bermula december 1998-hinggalah kini ...

Yang tercoret bukan hanya kenangan gelak ketawa malah kami juga
berkongsi airmata bersama-sama ... tidak bermakna yang persahabatan ini
tidak pernah bergelora ... pernah satu ketika namun kerana rasa kekitaan yang kuat ... rasa persahabatan yang lebih erat ia menyatukan kembali kita semua ...

Pada semua sahabatku ... kepada kalianlah, aku kongsi kegembiraan ini ...
mulanya aku mencari wajah ibuku .. sayang dia tiada maka kucari wajah abahku ... syg dia juga tiada ... bagiku kalianlah pengantinya kerana itu aku ingin berkongsi berita ini dengan kalian semua dan bukanlah berniat untuk bermegah atau apa2 ...

Pada Mid, Zai, Umie, Ijah, Sept, Sue, Kak Zue dan adik2 tersayang ida, lis, tini,lind dah semuanya yang pernah aku kenali .. kalianlah tempat aku berkongsi kegembiraan ini ...

Pada teman2 kalianlah sahabat dan kalianlah juga sebahagian dr diriku ...
aku bukan ingin menjentik hati kalian atau buat kalian ada yang terasa dgn berita ini cuma aku betul2 ingin berkongsi dengan kamu ... seperti mana
aku selalu berkongsi segala-galanya ...

Iringilah aku dengan doa kalian agar semuanya di permudahkan kerana aku terlalu rindukan sebuah keluarga ...

Tuesday, July 27, 2010

What a wonderful moments ...



Sudah 2 3 minggu badan rasa semacam saje ...
perut asyik kembung, makan sikit dah terasa kenyang sgt2
tiba2 rasa pening
Semalam terus beli pregnancies test & the results as above pictures ..
Alhamdulillah .. syukur pada tuhan cuma hati berbisik yang perlu dapatkan kepastian tuan doctor ...
Hari ini sy akan menjengah dia mendapatkan kepastian ...
Menjelang setahun aniversary kami ... inilah hadiah yang laing terindah buat kami ... tuhan terima kasih atas kurniaanmu ini ...

Tuesday, July 20, 2010

GGGGGRRRRrrrrr ... marah nie!!!

Aku tengah marah tersangatlah marahnya ...
GRRRrrrrrrr ...
pegang2 sebelum aku p lempang & tend.... depa !!!!
Sabar mas ... sabar2 ...

Tanyalah kawan2 aku mana2 pun ...
aku jarang nak carik gaduh ngan orang
aku jarang nak bg orang marah
aku memang x suka nak provoke sesapa pun
tapi bila org yang aku
XKENAL
XKAWAN
Entah sapa2 tu pandai2 nak buat andaian ni
wat aku MARAHHHHH !!!
buat aku nak bertukar menjadi singa atau rimau ...

Tolonglah ingatkan pada mereka
jgn nak main2 kan nama aku
jgn nak libat2kan aku ...
sebab aku tak kenai depa n aku tak SUKAAAA depa n perangai depa
yang macam SIALLLLL tu ... (maaf ada makian di sini ... tandanya aku sgt
marah tu!!!)

Kata2 depa buat aku jd angin satu badan
sapa depa pada kita x ubah langau jer ...
xder ... memang bagus, n klu ada pun xberguna langsung!
dasar langau!!!

Aku marah nie ... MARAHHHHHHhhhhh!!!!
aku mau bertukar menjadi rimau ...

Friday, July 9, 2010

Pose Ganti ...

Semalam dr pagi asyik terbayang ikan merah msk sambal
makanya balik kerja petang terus masak untuk berbuka
aduh sedapnyaaa .... sukanya
Hari ni last pose ganti ...
Insyaallah minggu depan nak pose sunat & nazar
dah abis pose ganti maka leh ler tempah baju raya ... sejak lama
sy amalkan ini
Sebab org selalu excited na k tempah baju untuk raya but pose belum
berganti ... means kita selalu lebihkan raya dari bulan puasa ...

Sy sgt merindukan bulan puasa
Sy paling suka bulan puasa bile fikirkan yang
mak n abah akan tenang sepanjang bulan ini
berehat yang sebenarnya 'disana' dan pengakhiran bulan puasa
selalu sedikit menduka ... memikirkan
mak dan abah 'disana' dan
kami disini yang menyambutnya dengan seada mungkin
tanpa mereka ... sepi dan lelah rasanya ...

Sejak bulan lepas byk tailor yang sudah tidak mahu terima
tempahan aduh susahnya ... kalau dikampung
mungkinkah benda yang sama juga ...
Dulu sejak mak pergi sy tidak pernah excited untuk memiliki baju baru
untuk hari raya ... selalunya memang tiada
sebab rasanya kosong tanpa mak ... seakan tidak bermakna baju raya itu
berbaju baru atau tidak tiada bezanya ...

Namun selepas kawen
sy mahu berubah ... sy mahu meraikannya dengan sesiapa saja
paling penting... sy mahu suami membelikan sy baju baru
entah kenapa itu yang sy mahukan ...
tahun ini sy mahu beraya dengan lebih gembira dengan cuba
merasa lebih bahagia ...
Malah sy mahu memiliki lebih dr sehelai rasanya ...
aduh mastura sudah melampau pulak kamu ...

Bulan puasa dan raya ... membuatkan hati menjadi terlalu sayu
kerana tanpa sedar sy menunggu wajah mak ...
ketika bersahur .. ketika berbuka ...

Wednesday, July 7, 2010

Busan Pulak ....

Sejak 2 3 bulan nie kerja PARASsss sgt2 ...
terlalu banyak kerja & management promise untuk amik 2 staff baru
HARAM sampai la aku x nampak muka staff baru ...
Minggu ni jadi janggal rasa pelik bila kerja parasss macam makin menyusut
ada kerja but xseperti selalu yang sampai wat aku xleh bernafas pun ...

Banyak benda yang kena habiskan b4 raya
novel ada lagi 5 buku kena habiskan ...
Menulis dalam kelelahan dan kekurangan waktu
menjadikan hasilnya sedikit kelangkabut
apakah aku menulis kerana duit bukan atas dasar cinta seperti selalu

Kamu kurang masa
maka kamu jadi begitu ... x mengapalah kerana kamu ada alasan sendiri

Hmm alasan yang masih belum boleh puaskan hatiku sendiri
meneliti bait2 tulisan kakakku si Alia .. aku menjadi sgt cemburu
kata2nya tersusun bermakna semuanya terlalu indah!
kalaulah aku punya masa untuk menumpah rasa cinta kepada
penulisan
aku juga mahu menjadi sebegitu
menyusun kata dengan lebih indah, kemas dan teratur ...

Masa terluang ini
sementara kerja parasss tidak lagi datang menganggu
aku patutnya boleh meluangkan masa menulis
namun busan
busan atau lelah atau ...
atau aku hanya mencari alasan
mencipta kewarasan untuk menghalalkan perbuatan
Aduh!!!!!
aku mahu bernafassss
dan tidak mahu menjadi seperti ikan
Ikan?
ya ikan yang lemas dalam air ... bukankah itu amat menyedihkan ...

Tuesday, July 6, 2010

Langsir Umah Baru ...


Umah sudah berganti dengan langsir baru
tapi still umah lama ...
Melihat kawan2 sudah kembali memeriahkan dunia blogger n
semperna bulan meraikan cinta ini

Im Back Friendsss ...
Jom sama2 meriahkan blog kita
Rasa makin bernyawa makin berseri bila blog masing2
sudah dibersihkan dari sawang labah2 ... hehehe ...
Kak Sue ... Kak Zai n kak Sept (ingat ramai benor ek kekawannya) yang kadang2 curiks baca tu
emuahhhs marilah meramaikan blog sesama kita ...

Mine
Aku

Monday, July 5, 2010

Hampir Menjelang ...


Tanpa sedar ia makin menjangkau setahun ...
Hmm dah dekat setahun rupanya!
Selama setahun menjadi isteri ... how u feel? tanya seorang teman rapat
TENTULAH
rasanya bahagia even sometimes kita diduga dengan pelbagai cabaran dariNYA ...
Rutinnya makin berbeza
Bangun tido mesti buat sarapan b4 g kerja balik mlm prepare untuk dinner pula ... n belum rasa penat buat masa ini sebab dah biasa dulu2 mmg aku dah gini ... suka masak suka makan (tgok bdnlah ...)
Cuma masih menunggu KURNIAANNYA itu ...
mungkin masanya belum tiba ...
So honeymoonlah dulu (enjoy every moments yang kita lalui) even kdng2 ada yang manis ada juga yang masam .. itulah rempah kehidupan
Saya bahagia, sangat bahagia rasa terkurnia ... kerana adanya dia yang mahu
berkongsi suka dan duka ...