Friday, September 23, 2011

rumah kayu tepi sawah ....


rumah itu
kawasan itu
akan hilang
akan berganti
akan pergi
seperti kamu
kamu yang pergi meninggalkan kami

anak
dengar kataku ini ....
yang pergi
yang berganti
dan yang mati
hanya sesuatu yang bukan hakiki

mak apa pun
namanya
ia tetap hilang
abah
apa pun kamu menyebutnya
ia tetap akan pergi

anak
betul kata kamu itu
namun bukankah pemergian kami tidak pernah berganti
maka simpanlah ini dihati
bukan semua benda boleh mati
bukan semua perkara mampu diganti
kenangan kita

anak ingat ini
kenangan dihati
cerita yang tidak akan pernah mati
ingatan yang pasti sesekali tidak akan pergi .....


Thursday, September 22, 2011

nama itu ....

Tuhan ...
sudah lama sy mencari nama itu
nama itu hilang dengan tiba2 ... kami pernah tersua dan menyapa namun seketika
lantas membiarkan ianya berlalu ... aku pun berlalu dan dia menghilang ....
kini nama itu menjelma dengan tiba2

Tuhan ...
nama yang xpernah kulupa
nama yang menjadi kekuatan untuk aku berdiri sebelum berjumpa YG lebih 'hakiki' ini ...
entah kenapa nama itu terbawa hingga kemimpi
NAMUN hari ini
aku berjaya sedarkan diri
tanpa rasa sayu
tanpa rasa duka ... nama itu kini kekal dihati hanya sebagai sahabat karibku ...
kukira dia juga punya cerita yang berbeza ....

Tuhan ...
syukur dipertemukan semula dengan nama itu ...
dan membuatkan aku semakin yakin kini
aku sudah bahagia aku amat bahagia ...
dengan keluargaku yang ku kira hampir sempurna
terimakasih suamiku dan terima kasih juga buat kamu ryan addin kerana telah
sempurnakan hidup kami ....

Monday, September 12, 2011

rasa malas ker mabuk ketupat ...

Apa yang aku rasa ini adakah mmg rasa MALASSS yang berganda atau
ini memang rasa mabuk ketupat yang belum habis
ketupat palas frozen yang aku buat juga masih berbaki dalam fridge ...
mungkin perlu dihabiskan maka baru ada semangat kot ...
saya ada project besar yang jalan nya baru terbuka ...
kenapa ada rasa MALASSS
sepatutnya inilah masanya mengandakan usaha menunjukkan apa yang
amat sy cintai selama ini ...
MENULIS! KARANGAN!!! NOVELIS !!! SCRIPT WRITER!!!

hello BOSS cepat gandakan usahamu untuk mengapai impian!
jgan hanya bermimpi, mimpi xakan jadi kenyataan dengan hanya berpeluk tubuh
cepat draftkan ceritamu!!!!
jangan banyak mencipta alasanLAH better ko buat skrip dr dok buat alasan !!!!

tetapi JEJARI yang sakit masih belum sembuh! depa trauma lagiks nie ...

dah BOSS cepat p buat karangan terbaru itu!!!!!!