Thursday, September 11, 2008

Semalam Aku Bermimpi .....

Semalam aku bermimpi ....... mimpi yang pelik....
Bila bgun pagi nie terasa sebu dada ...... terpikir nape nie...
Then teringat oh aku bermimpi semalam ......

Mimpinya seakan sambung-menyambung, ada wajah yang tak aku kenal pun ...
Kenapa pulak mimpi, macamana boleh mimpi ..... bila orang tu kita tak kenal pun......
Pelikkan...... cuma bila mata terbuka terasa ada mak disitu..... untuk pertama kalinya aku katakan dalam hati ....... aku tahu kau di situ lantas aku menyambung lena .....

Pertemuan semakin dekat namun kali nie mungkin aku tak akan kesana....
Kali ini mungkin aku tak akan kembali ...... tak perlu pun kesana kerana kau ada dimana-mana pun mcm semalam...... terasa benar kau ada disitu.......

Mungkin ada yang berkata
'susah benarkah kau melupakan dia ... sudah lamakan.....'
Aku tahu ramai juga yang tertanya-tanya, kenapa yang namanya aku ini, seringkali amat bersedih....
Maka disini aku berikan jawapan ......
Ku kira airmata sudah lama menjadi teman setia.
Menangis bukan bermakna aku lemah atau membawa maksud aku sudah tertewas menghadapi dugaan tuhan.
Aku menangis sekadar ingin melepaskan.
Kerana seringkali selepas menangis aku menjadi begitu kental.
Menjadi begitu puas. Mendapat kekuatan untuk terus berjalan.
Aku juga seringkali menceritakan hal2 perasaan kepada mereka yang namanya kawan2.
Bukan mencari simpati. Hanya ingin berkongsi rasa dalam hati dan melegakan kekusutan yang tersimpul.
Maaf kerana kadang-kala yang lebih aku perlu adalah telinga mereka ..... aku tak mahu mendengar......
Kadang-kadang saat-saat gembira pun .... aku menangis weh...... betulllll

Bila mereka mendengar aku sudah cukup merasa gembira ..... dengarlah dan kau anggaplah itu cuma sebahagian cerita kita, tanpa perlu ia menjadi bebanan kalian... jangan bawa cerita ku ini sampai kemalam, terpikir-pikir hingga tak dapat tidor.
Maaf kawan bukan itu yang aku mahu.
Cukuplah mendengar ..... cukuplah hanya mendengar.
Jangan menambah ia menjadi sebahagian masalah yang perlu kau ungkai.

Pada kawan-kawanku ini, terima kasih kerana mendengar .....
terima kasih kerana sanggup melayan pada kata-kata yang membosankan .....
terima kasih kerana masih ada untuk mendengar......

Percayalah kekuatan itu masih milik aku ..... ketabahan itu juga berada dengan sebaris namaku...
Kerana kata ibu ku..... sesuatu yang paling berharga yang telah dia wariskan pada aku adalah 'segala sifatnya'.......

Mine
Tulip Unggu

3 comments:

Anonymous said...

mimpi apa?
citer la..

umieadam said...

mimpi apa lak ni mas?

weh ko harus tahu
aku sentiasa bersedia jd pendengar ko tau

umieadam said...

mas ku ada tag ko