Monday, September 8, 2008

Rumah Kayu Ditepi Sawah



Bagaimana ingin melakar kembali peta yang seperti kata ibu ku telah terbakar berpuluh tahun yang dulu.
Kata Ibu, itu peta keluarga.
Peta bagi menunjukkan jalan agar kami tidak tersesat.
Kerana menurut ibu jalan-jalan yang ada dirumahku terlalu bersimpul.
Bila-bila masa boleh tersesat.
Bisik ibu lagi

" mulalah melakar dari sekarang sementara aku masih ada "
Ketika kata itu dituturkan
Aku masih aku.....
Aku masih leka bermain dalam ruangan-ruangan kosong itu tanpa sedikit mahu membuka mata, tanpa mahu mencari sebarang petanda.

Pernah satu ketika, dek kerana alpa meladeni mimpi sambil kaki menari-nari dilantai yang begitu luas itu aku tersadung kaki sendiri dan terjatuh.
Mulut menjerit memanggil nama kamu, MAKKKKKK .......
Bila tersedar diri diselubungi cuma gelap malam.
Mulalah airmata pun merembes keluar ....... tanpa mencari jalan keluar, tanpa mencuba pun agar mata menangkap sejalur cahaya.
Aku terus menangis, menangis dan menangis.....
Raungan ku itu hanya berhenti ketika seraut tangan mencapai lemah jejariku.

'' Mak....... "
kau ku peluk erat bersama tangisan yang panjang.
Ibu segera mendukung, dia lemparkan senyuman manis.
" Anak.... bukankah aku telah berpesan. Bahawa rumah ini jalannya berselirat.Ruangannya bersimpul. Telah siapkah petamu itu anak ...... "
Aku terus melayan tangis tanpa ingin memikirkan sedikit pun makna perkataanmu.
Yang mengila dihati kini hanya takut .......

Kerana sekali tersadung dan terperangkap dalam gelap maka kaki ini seakan terkunci.
Tak ingin lagi kaki menjelajah dalam rumah, dalam ruangan-ruangan kosong yang kadang-kala terasa ada isinya. Seakan ada penghuninya ......
Biarpun sesekali mata dan hati seakan terpanggil-panggil untuk menjengah, bila kedengaran ada suara halus yang memanggil.

" Mak ...."
" Jangan kau peduli .... pada panggilan itu
Selagi peta mu belum siap janganlah kau merayap-rayap lagi.
kerana kali ini mungkin ketika kau memanggil namaku ......
aku tak mampu menyahutnya lagi anak..... "
" Mak .... "
" Jangan degil anak ...."

Akhirnya peta itu terbiar tanpa ada secalit lakaran pun dariku.
Baru cuba memikirkan sedikit pada ruangan-ruangan kosong yang pernah lantainya menjadi tempat kaki ini menari, hati diserabut dengan keresahan.
Maka sehingga kini aku tak berjaya pun mengesan sebarang petanda.
Bagi ku ia cuma ruangan-ruangan kosong tempat aku melayan mimpi.
Ya mulanya ia ruangan kosong yang begitu indah dengan mimpi-mimpiku.
Namun ruangan itu jugalah yang hampir melemaskan aku.
Kosongnya ruangan itu amat menyesakkan dada.

Akhirnya .....
Ruangan yang bersimpul itu aku lupakan ........
Dan .......
Jalan yang berselirat itu telah aku tinggalkan bersama sebuah peta yang tak pernah siap.

Mine
Tulip Unggu


3 comments:

umieadam said...

huhu puitisnya mas
dlu, masa kat sek.2 ko tak suka tidur dalam gelap kan

mast said...

Hehehe penakut kan.....
Ingat x masa rose xder....
Aku heret selimut g kejutkan ko n aida, nak tumpang tdo....
Ingat lagi senyuman aida kat aku masa tu..... aku rinduuuuuulah dier
hahahaha

Anonymous said...

Blog yang bagus...
Kata2nya juga puitis bgt...