Masa tu mak dah sakit ...... asyik kuar masuk hospital.....
Banyak masa puasa kali itu berbuka rumah angah jer
Kebanyakan pun duk tinggal kat umah angah.....
Masa tu mak kuar hospital
Dier jadi marah n terus balik rumah, mak tak mau kerumah angah .....
pelik tapi kami ikut jer .......
Balik rumah dekat2 masa berbuka tiba2 mak bgtau
'apa-apa pun..... susah senang kamu semua duduk saja rumah nie. Jgn kemana-mana,
Jgn nak susahkan orng lain .....'
Ketika itu sape pun yang paham.
Abang aku lihat selamba je terus menyuap makanan bila azan kedengaran. Kak Alia juga buat2 tak dengar, aku dengan adik pun sama je.
Bila raya semakin dekat, mak semakin garang ..... malah dia mula mengajar kak Alia membuat kuih raya, sedangkan selama ni kuih raya along yang sediakan. Hairan ..... tapi masa2 mengajar tu mulutnya tak habis2 menyebut nanti2 kak Alia boleh buat sendiri n ajar adik2 lain ....
Masa tu jugak ..... mak sibuk2 menyuruh kak Alia menjahit langsir
Raya kali itu buat pertama kalinya kami anak2 nya yang kecil ini membuat semua persiapan dengan sendirinya.
Buat pertama kali malam raya, mak benarkan aku dan kak Alia ke bandar Alor Setar n beli brg2 perhiasan. Sebelum ni walaupun along n angah dah kawen semua persiapan kat umah, derang yang buat. Tapi raya kali ini lain benar rasanya. Mak nak kami yang buat semuanya .......
Peliklah.....
Rupa-rupanya itu adalah raya terakhir dengan mak.....
kenapa mak buat macam tu .... sebab
sebab ......
Mak tak mahu kami terus bergantung dengan along atau angah .....
Mak mahu kak Alia belajar semuanya, mak mahu kak Alia mewarisi semua kepandaiannya .......
Mak tahu kami rapat sangat dengan kak Alia berbanding along dan angah .... mak mahu nanti2 kak Alia akan mengajar kami pula .....
Mungkin waktu itu mak dah tahu....
mungkin waktu itu mak dah dapat menjangka bahawa, raya selepas ini.....
raya kami adalah tanpanya........
Rupa-rupanya itulah raya terakkhir kami dengan mak......
Baju kurung itu rupa-rupanya hadiah terakhir mak buat anak-anak
Kuih kegemarannya dapat jugak diturunkan resepinya buat kami ......
kerana selepas itu mak telah pergi tanpa mahu pulang2
Mungkin tanpa sedar,
Inilah juga raya terakhir kami kerana selepas itu raya tak pernah ada erti lagi .........
Mine
Mastura
6 comments:
Al-fatihah...
ala mass
jgn la sdh2 lagi
nnt aku sedih gak
bnyk2 sabo
lawan perasaan 2
Sue...
Thanks....
My Mummy a.k.a Tabtibau
Mana ader sedih2... aku kan xder perasaan ..
Lalalala.....
Alah dah biasakan, Chaiyokk !!!
sedih..tapi doakan dia selalu ek
mas..sabar ye
Al-fatihah tuk mak & ayah ko
Mie ... thanks
Aku cuma tunggu derang pulang.....
Hehehehe..... xlah aku yakin nanti2 kat sana kita akan berjumpa balik..... ni perpisahan sementara je..... mybe sbb tu aku kurang sedih kot....
Post a Comment