Membalas 'tag' Umie.....
I like's
1. Tulis sesuatu yang kreatif, best bangat bila dapat kata2 indah yang tercipta dr pikiran sendiri
Kira dlm bahasa bukan sasteranya 'jiwang' kot. Hahahha.....
2. Menangis (my mummy cakap dr kecil suka nangis) gembira nangis, tersentuh pun nangis n
klu sedih lagi la byk menangis. Kira dlm bahasa pendeknya 'cengeng' (entah eja betul idak)
3. Masak ....... (tersangatlah suka) boleh tanya kawan2 untuk kepastian.
Best tau bila tgok orang suka makan masakan kita, tambah2 lagi bila dapat pujian ...
4. Meowwww.....
Tersangatlah sayangkan kucing, sbb dari kecik aku n adik ada kucing sendiri tau.
Now pun dah ada Rainy n Leo kat umah ......
Dont's
1. Talam 2 muka or bermuka-muka.
Pls la be professional klu tak suka cakap terang-terang.
2. Orang pentingkan diri sendiri (ingat dunia nie besar sgt untuk ko hidup sorang2)
3. Buat masa ni tak banyak yang aku tak suka kecuali sorang tu, itu pompuan tuo beballllll
Mine
Mastura
Tuesday, September 16, 2008
Virussssss Dan Sampai.....
Malas
Malasssss
Rasa malasss yang berganda.....
Mybe sebab esok cuti aku dah kena 'Virus Cuti' nie
Ingat dulu-dulu
Zaman kat UitM dulu.
Kiranya kalau masa2 macam nie, means masa2 dekat nak cuti panjang2 nie....
Mood belajar dah hilang , g kelas rasa malas jer, rasa naktermuntah pun ada bila tngok muka lecturer.... betul nie
Kiranya dok membilang hari jer bilanya leh bercuti.
Bilalah masanya leh release tension dr mengadap lecturer n g kelas yang busan2...
Sedangkan bila pikir2 balik....... selain dlm kelas, selain masa tibanya exam n test, ada ker kita study..... xder ekkkk
Sindrom nie dah datang dah......
Maklumlah tak lama lagi nak cuti panjang dan bila ada pra-cuti mcm ni maka lagi bertambah-tambahlah rasa malasssssss tu......
Pagi nie bermula dengan cuaca yang pun malas2 jer. Nak kata mendung idak, nak kata cerah xder la sangat .....
Sampai kat ofis ada 1 jer kerja pending tapi kena tunggu cstomer yang 'lembabs'.
Intai2 blog bees aku banyak yang tak update lak .....
Mie ko ada sindrom nie tak, alah mesti adanyerrrrrrr
Ida tu lagi arrrrr ..... hehehe sama jer semua kan
Kalau dah namanya nak cuti mulalah penyakit nie datang....
Nmpaknya simptom2 awal dah menunjukkan tanda ......

Monday, September 15, 2008
Raya Nak Dekat Dah.....
Dok melayan-layan lagu raya nie
Tiba-tiba teringat yang aku tak prepared apa-apa pun lagi untuk raya kali ini.
Selain puasa xder buat apa-apa pun.
Tiket bas pun aku tak beli pun.
Nape ek....
SEBABnya.....
Aku rasa macam malas pulak kali ni.
Malas nak rebut-rebut beli tiket.
Busannnnnnn!!!!!
Penat weh.... dah bertahun-tahun dah dok berebut nak dapatkan tiket.
Start dari raya tahun 98, sejak mula masuk UiTM... sejak tulah dok berebut.
Tu pun nasib ada otai ajar cara berebut.... tau sape...... kak Umie Adam kita lah ..... hehehe.... (jgn mare yer Mie.....)
Pasar ramadhan pun dah dekat 2 minggu puasa nie baru sekali jer aku pegi.
Tu pun dok muncung jer .... sebabnya harga melampau-lampau... past tu kadang2 tak sedap sgt....
Baju raya... belum tempah... belum beli...... tgoklah kalau ada mood nanti2 .....
tapi entah nape rasa kemalasan tu berganda.
Aku ingat tak maulah balik raya kali nie....
Hehehe...... tapi sedih lak teringat anak2 buah yang asyik cakap
"acik bila nak sampai nie"
belum lagi kakak2 yang mula merayu-rayu bgtau
"klu hang tak balik sapa nak tolong balut ketupat nie"......
lagi yang menambah kemalasan tu ialah cuti pun belum approved.
Bila menjeling tgok boss sebelah 'segan' lak nak kacau..... kang tetiba jer dia cakap
"kali nie raya kapal masuk so semua xder cuti"
Mampos kan ...
Nie yang hangin nie.... weh korang tau masa-masa raya nielah sibuk kapal nak masuk, nak sampai Port Klang...... hangin.....
lagi....
bila tgok Rain n Leo ....
Sian sgt2 tgok mata derang. Klu balik nak tinggal derang kat sape.
Maybe tulah antara alasan2 yang menyebabkan wujudnya rasa kemalasan berganda nak sambut raya pada tahun ini.
Will c ......

Thursday, September 11, 2008
Semalam Aku Bermimpi .....
Semalam aku bermimpi ....... mimpi yang pelik....
Bila bgun pagi nie terasa sebu dada ...... terpikir nape nie...
Then teringat oh aku bermimpi semalam ......
Mimpinya seakan sambung-menyambung, ada wajah yang tak aku kenal pun ...
Kenapa pulak mimpi, macamana boleh mimpi ..... bila orang tu kita tak kenal pun......
Pelikkan...... cuma bila mata terbuka terasa ada mak disitu..... untuk pertama kalinya aku katakan dalam hati ....... aku tahu kau di situ lantas aku menyambung lena .....
Pertemuan semakin dekat namun kali nie mungkin aku tak akan kesana....
Kali ini mungkin aku tak akan kembali ...... tak perlu pun kesana kerana kau ada dimana-mana pun mcm semalam...... terasa benar kau ada disitu.......
Mungkin ada yang berkata
'susah benarkah kau melupakan dia ... sudah lamakan.....'
Aku tahu ramai juga yang tertanya-tanya, kenapa yang namanya aku ini, seringkali amat bersedih....
Maka disini aku berikan jawapan ......
Ku kira airmata sudah lama menjadi teman setia.
Menangis bukan bermakna aku lemah atau membawa maksud aku sudah tertewas menghadapi dugaan tuhan.
Aku menangis sekadar ingin melepaskan.
Kerana seringkali selepas menangis aku menjadi begitu kental.
Menjadi begitu puas. Mendapat kekuatan untuk terus berjalan.
Aku juga seringkali menceritakan hal2 perasaan kepada mereka yang namanya kawan2.
Bukan mencari simpati. Hanya ingin berkongsi rasa dalam hati dan melegakan kekusutan yang tersimpul.
Maaf kerana kadang-kala yang lebih aku perlu adalah telinga mereka ..... aku tak mahu mendengar......
Kadang-kadang saat-saat gembira pun .... aku menangis weh...... betulllll
Bila mereka mendengar aku sudah cukup merasa gembira ..... dengarlah dan kau anggaplah itu cuma sebahagian cerita kita, tanpa perlu ia menjadi bebanan kalian... jangan bawa cerita ku ini sampai kemalam, terpikir-pikir hingga tak dapat tidor.
Maaf kawan bukan itu yang aku mahu.
Cukuplah mendengar ..... cukuplah hanya mendengar.
Jangan menambah ia menjadi sebahagian masalah yang perlu kau ungkai.
Pada kawan-kawanku ini, terima kasih kerana mendengar .....
terima kasih kerana sanggup melayan pada kata-kata yang membosankan .....
terima kasih kerana masih ada untuk mendengar......
Percayalah kekuatan itu masih milik aku ..... ketabahan itu juga berada dengan sebaris namaku...
Kerana kata ibu ku..... sesuatu yang paling berharga yang telah dia wariskan pada aku adalah 'segala sifatnya'.......
Mine
Tulip Unggu

Tuesday, September 9, 2008
How She's Survived
Arini aku nak lepas geram kit.....
Banyak kot......
Ni kisah T..... hahaha...... nape aku leh geram kat dier
Pompuan nie... yes dia pompuan
Housemate aku a.k.a teman aku jugak ler dulu .....
Tapi tulah aku nie ketegaq, tak mau dengar cakap kawan2 yang lain pasal pael pompuan tua nie
Dier aku rasa makin tak betul jadiknya....
Dah dekat 2 tahun dia serumah ngan aku ..... pompuan nie xpernah langsung cuci bilik air, xpernah nak beli pencuci pinggan n just bayar gas masa 1st masuk jer dulu .....
So mcmana dia leh survived untuk jadi hati batu n bebal mcm tu ek....
Aku xkisah pasal tu mungkin dia rasa benda tu akan naturally bersih sendiri.... GILOS punya pompuan.....
Yang tambah aku hangin, dier cuci kipas dlm bilik air then habuk kipas tu buang jer dlm tu, gilakan.... pengotor..... cuci pinggan dlm singki bilik air..... tapi singki tu bila kotor xpernah lak dia cuci..... pemalas kan...... bila mandi sikat rambut dlm bilik air...... nanti rambut bergumpal2...... eeei geli...... tapi dier biar je kat situ....... memang dah habit pengotor kotttttt.......
Sungguh dia 'busuk' kannnnnnnn.....
Dier kalau aku sebut nama kat mana2 kawan kami, mesti terus cakap .....
" dier mcmlah kita xkenal......"
tu yang best sgt n tu jugak yang buat aku pk memang aku ngoks masa terima dier jadi housemate aku......
Weh.... dia merayulah ...... aku kan baik hati so aku siankan.....
Tapi sejak 6 bulan lepas aku yang 'maha sabar' ni dah hilang kesabaran.
Aku paling benci sifat 'kiasu' dier, talam sepuluh muka...... pompuan tua.....
Now ni mana ada aku cakap ngan dier pun sbb aku malas layan pompuan hati 'busuk' mcm tu.
Ada sekali tu boleh sengaja dia letak kucing aku kat luar umah.... nasib baik aku sedar klu x.....
dan selalu jugak aku tengok dier sengaja bukak pintu depan luas2.... dengan harapan kucing aku nie kuar la........ dasar pompuan tua......
Kalau kucing aku ni hilang, memang mampus dia aku kerjakan...... hahaha....... aku upah ler sapa2 pukul dier...... hahaha
Weh ni bukan ngumpat ler... mmg nie perangai dier lagipun aku tak sebut pun nama dier.
Tapi klu korang dapat agak pun sape pompuan tua x sedar diri nie...... hehehe bukan salah aku pun sebab perangai dier tu mmg semua dah tau......
Ini kesesalan aku yang amat , menjemput dier dan membuka pintu rumah ketika dia susah dulu.... mungkin sebab dia sudah semakin tua...... sebab tulah dier semakin nyanyuk so aku maafkan just.........
berambussssss dari umah akuuuuuuuuuuuuu
Cepattttttt
Dah lega.....
Korang kenal ker dier

Monday, September 8, 2008
Rumah Kayu Ditepi Sawah

Bagaimana ingin melakar kembali peta yang seperti kata ibu ku telah terbakar berpuluh tahun yang dulu.
Kata Ibu, itu peta keluarga.
Peta bagi menunjukkan jalan agar kami tidak tersesat.
Kerana menurut ibu jalan-jalan yang ada dirumahku terlalu bersimpul.
Bila-bila masa boleh tersesat.
Bisik ibu lagi
" mulalah melakar dari sekarang sementara aku masih ada "
Ketika kata itu dituturkan
Aku masih aku.....
Aku masih leka bermain dalam ruangan-ruangan kosong itu tanpa sedikit mahu membuka mata, tanpa mahu mencari sebarang petanda.
Pernah satu ketika, dek kerana alpa meladeni mimpi sambil kaki menari-nari dilantai yang begitu luas itu aku tersadung kaki sendiri dan terjatuh.
Mulut menjerit memanggil nama kamu, MAKKKKKK .......
Bila tersedar diri diselubungi cuma gelap malam.
Mulalah airmata pun merembes keluar ....... tanpa mencari jalan keluar, tanpa mencuba pun agar mata menangkap sejalur cahaya.
Aku terus menangis, menangis dan menangis.....
Raungan ku itu hanya berhenti ketika seraut tangan mencapai lemah jejariku.
'' Mak....... "
kau ku peluk erat bersama tangisan yang panjang.
Ibu segera mendukung, dia lemparkan senyuman manis.
" Anak.... bukankah aku telah berpesan. Bahawa rumah ini jalannya berselirat.Ruangannya bersimpul. Telah siapkah petamu itu anak ...... "
Aku terus melayan tangis tanpa ingin memikirkan sedikit pun makna perkataanmu.
Yang mengila dihati kini hanya takut .......
Kerana sekali tersadung dan terperangkap dalam gelap maka kaki ini seakan terkunci.
Tak ingin lagi kaki menjelajah dalam rumah, dalam ruangan-ruangan kosong yang kadang-kala terasa ada isinya. Seakan ada penghuninya ......
Biarpun sesekali mata dan hati seakan terpanggil-panggil untuk menjengah, bila kedengaran ada suara halus yang memanggil.
" Mak ...."
" Jangan kau peduli .... pada panggilan itu
Selagi peta mu belum siap janganlah kau merayap-rayap lagi.
kerana kali ini mungkin ketika kau memanggil namaku ......
aku tak mampu menyahutnya lagi anak..... "
" Mak .... "
" Jangan degil anak ...."
Akhirnya peta itu terbiar tanpa ada secalit lakaran pun dariku.
Baru cuba memikirkan sedikit pada ruangan-ruangan kosong yang pernah lantainya menjadi tempat kaki ini menari, hati diserabut dengan keresahan.
Maka sehingga kini aku tak berjaya pun mengesan sebarang petanda.
Bagi ku ia cuma ruangan-ruangan kosong tempat aku melayan mimpi.
Ya mulanya ia ruangan kosong yang begitu indah dengan mimpi-mimpiku.
Namun ruangan itu jugalah yang hampir melemaskan aku.
Kosongnya ruangan itu amat menyesakkan dada.
Akhirnya .....
Ruangan yang bersimpul itu aku lupakan ........
Dan .......
Jalan yang berselirat itu telah aku tinggalkan bersama sebuah peta yang tak pernah siap.
Mine
Tulip Unggu
Friday, September 5, 2008
Mengenang .........
Puisi Ini aku Tulis buat Sahabatku untuk Hari Jadinya.....
Kononnya masa tu aku yang baru balik meng'enjoy'kan diri dengan sahabat2 lain di Langkawi.
Best sangat masa tu ek... Yerlah pertama kali kita berjalan jauh.....
Jadi bila balik duit dah abis, dah kering besday dia pulak hampir tiba.
Setelah pikir dan pikir maka terciptalah nukilan ini.
Aku kira ini lagi mahal sebab aku mengerah otak mencari idea demi sahabat ini.
Saja Rahsiakan namanya, kita tengok dier ingat ek.....
**********
Bila Terpandang Langit Malam
Kawan
Kau Tahu
Bila terpandang Langit Malam
Yang Bulannya mengambang bercahaya
Ku Lihat ada Wajahmu Di situ
Dan Aku Pasti kau sedang berbahagia
Asyik Dipuja pungguk-pungguk pujaan
Tinggi dipagari Bintang Malam
Teman
Kau Tahu
Bila Merenung bintang didada malam
Seolah-olah aku turut melihat
Senyumanmu yang bersinar
Dan Aku tahu saat ini
kau sedang menganyam gembira
Kerana Bintang Itu adalah Engkau
Punya kerdipan Terindah tak terbanding yang lain...
Sahabat
Hakikatnya aku tahu
Bulan Juga kadang-kadang terhiris luka
dek pungguk yang tak setia
Adakalanya pula
Bulan kelam ditutupi langit malam
Cahayanya pun hilang tiba-tiba ..... suram
Dan aku pasti bulan itu sedang mengalirkan airmatanya
Bulan pun bertanya
"kenapa malam in langitnya malap,
kenapa syair pungguk didahan sana sumbang, pincang
Dan apa pula perlunya tuhan ciptakan kegelapan"
Sahabat
Kenyataannya aku juga tahu
Ada harinya bintang hilang didada malam
Kerana mendung yang tiba-tiba bertandang
Ada juga waktunya kerdipan dan sinarmu .... tengelam
Senyumanmu tadi pun mati
Kau tertunduk menahan rasa
Anyaman kegembiraanmu kini terkoyak seribu
Bintang pun bertanya
"kenapa malam ini hitam terlalu pekat
kenapa tidak takdirkan bintang wujud setiap malam
Dan apakah jawapannya pada sebuah kepahitan"
Sahabat
Kalau pertanyaan itu ditanyakan padaku
Jawapannya hanya satu
"Aku sendiri tak tahu ......."
Mine
Tulip Unggu
********************
Sajak ini tercipta, sebab masa tu...... sahabat aku ini, tengah frust dengan seorang mamat poyos. So kiranya untuk pujuk dierlah .....
Sedangkan masa bercinta dia sembunyikan dari aku.
Malah ketika dia putus cinta pun dia masih berahsia.
Tapi sebab aku nie kawan, jadi sudah tentu aku telah lama mampu membaca yang tersirat di hatinya.
Betulkan.....
Jangan Mare yer tuan empunya badan lagipun aku sayang ko.....
Jeng Jeng......

Wednesday, September 3, 2008
Yang Tertinggal Ketika Dia Pergi .....
Ibu ketika dia pergi
Dia tinggalkan engkau, kami
Dia tinggalkan kau dlm sebuah rumah yang begitu kosong ...
hingga kita lemas dengan udara yang terlalu banyak
Ketika dia pergi juga ....
Dia tinggalkan kita terpinga2
Haluan sempit yang begitu rumit
Kau melangkah memijak duri sekadar untuk kenyangkan mata2 kecil yang lapar..
tapi tidak pula kami berasa kenyang ...
Mungkin yang kami lapar itu bukanlah anggur masam bu....
Ibu ketika dia pergi ...
Dia tinggalkan kami, kamu....
hanya kamu
Dan kerana kamu ibu ...
kami teruskan hidup.
cukup hanya membiarkan airmata berlalu saat masa berputar....
Sesudah dia pergi
kami menjadi dewasa tanpa sedar biar pun masih anak2...
Biarpun tanpa dia
kami bernyawa kerana adanya nafasmu disetiap waktu....
Dan bila kau pula yang pergi
Apa yang tertinggal untuk kami Bu....
Semangat .... mana mungkin sebab semangat kami adalah kamu
Jiwa ..... bagaimana jiwa ingin bernyala bila sumbunya telah terpadam
Kau pergi dengan membawa seluruh raga ku
Kau pergi dengan membawa semua bahagia ku
Kau pergi dengan membawa segala-galanya yang baik
Dan yang tertinggal untuk ku
Cuma jasad sedangkan rohaninya turut pergi bersamamu
Ibu
Bila tiada apa lagi yang tertinggal
harus bagaimana aku ingin bernafas
setiap hela terasa sesak ... setiap hembus ada sebak ...
harus bagaimana sepatutnya untuk aku terus bernafas
Dan pada Dia yang membawa kau pergi
Bolehkah aku bertanya
Kenapa aku ditinggalkan disini
Sendiri....
Ibu rupanya saat kau pergi
Yang tertinggal .....
Yang tertinggal itu aku.....

Tuesday, September 2, 2008
Zai ....... Hepi Besday ........
Hepi Besday Zaifariza .....
Kenangan bersama sahabat yang namanya Zaifariza ni banyak sangat.
Masa di kolej terasa selalu sangat aku menyakat dia kerana pada waktu itu dia seakan 'polos' betul.
Biasalah klu bergurau dengan umie, kami suka guna perkataan baru, ayat2 trend waktu tu. Dan Zai selalu sgt tak paham apa yang cuba kami lawakkan. Zai ingat tak lagiiiii.....
Ada satu ketika aku merasa seolah tiada siapa-siapa .... tiba2 si Tabtibau itu menyapa.
Kami banyak berkongsi cerita. Dan Zai tak ubah seperti ibu2 akan menasihati biarpun berkali aku cakap, aku hanya mahu bercerita dan tak ingin langsung mendengar. Hahaha.....
Semperna Besdaynya.......
Aku doakan yang baik-baik untuk dia. Semoga semua impian tercapai ek......
Cepat sampai Jodoh ......
Zai .... thanks 4 everthings.........

Rindu Pada Mu.....
Malam jumaat selepas magrib kami bertolak ke Tapah.
My Hubby nak balik kampung jenguk mak ayah dier semperna ramadhan.
Aku ikut aja bila orang tu ajak.
Terpikir busan pulak nanti kat Shah Alam nie bila dia tak der.....
Hujan lebat sepanjang jalan...... terus aku xder mood nak amik gambar.
Jadi kamera terperuk jer dalam beg mungkin juga dia pun kesejukkan.
Weh betul nie...
Pukul 10.30 dah sampai. Tapi suprise yang My Hubby nak bagi kat mak dier (Mrs Hamidah) tak kesampaian. Mrs Hamidah xder, tulah degil nak balik xnak bgtau kan.....
Pagi-pagi lagi ayah dier(Mr Berahim) dah keluar ke pasar.
Pulang dari pasar dengan bungkusan sarat di tangan.
Katanya
"Hari ni kita makan masakan Mastura yer...... "
Terkejut aku....
Dalam hati berkata
"masak jerlah apa yang aku pandai".
Jeng Jeng Jeng ......
Mr Berahim rupanya lagi pandai.
Siap pesan
"Mastura...... nanti buat smbal petai ikan bilis, ayam ni goreng buat masak kicap, bayam buat masak lemak letak ikan bilis yer....."
Hehehehe.....
Terpaksalah tunjuk kepandaian ..... Terpaksa yerrrrrr.... Heheheh...
Dengan pertolongan My Hubby sikit sebanyak sempurna jugaklah masakan aku mengikut resepi pilihan Mr Berahim. Nasib baik masa makan ayah dier aku lihat makan jer.... bertambah lagi tu...... Kira sedaplah tu...... (or dia lapar kot)...
Lepas magrib kira-kira bertolak nak balik ..... Baru mak dier sampai.
Hujan lebattttt dari petang lagi. Siap Mrs Hamidah bekalkan aku dengan nenas 2 biji dan 2 sikat pisang.
Masa bersalam aku bisikkan,
"Saya masak tadi tu.... tak tahulah sedap ker tidak...."
Dengan senyuman dia membalas.....
"Pakcik cakap ok.... maknanya sedaplah tu..."
pandai ek dia jaga hati aku....
Ketika mencium tangannya dia membalas dengan mencium kedua belah pipi.
Hati tersentuh benar.....
ketika itu wajah mak datang bertandang.
Mak rindunya padamu....

Subscribe to:
Posts (Atom)