Thursday, November 3, 2011

hanya padaNYA ... hanya padaMU ....

kamu ...

hmmm
kenapa

aku kehilangan kata2
xtahu atau xperlu berkata2 barangkali

bila kata2 yang sama
perlu kau ulang
perlu kau nyatakan sedangkan kau
yakin yg pendengar itu tidak mahu pun memahami
tidak mahu mendengar dengan hatinya

rasa rugi
rasa sia2
bosan juga
tertanya2 apakah yang kucari
tak mungkin aku temui
mungkin dugaan tuhan untukku ..

KURNIAAN juga barangkali

hmm kau menyentakkan lagi hatiku ini
teman ... terhela beban dan sarat hatiku ini
dibujuk dengan kata2mu itu
kau tahu aku bermimpi
mimpi yang ku kira amat mahal amat berharga
aku terfikir mungkin tuhan sengaja
kurniakan aku mimpi dan rasa itu
agar kurasa manisnya kasih sayang
yang amat aku dambakan....

tuhan sentiada ada dan DIA sentiasa mendengar kamu

kini aku paham
kenapa kakak2ku hanya ingin menjadi batu
jd beku pada ikatan mereka
aku benar2 paham
untuk lebih bahagia
untuk tidak banyak menderita dan
lebih mengalirkan airmata
jadi pedulikan mereka
pedulikan
sebab mereka tidak pernah cuba
memahami kamu pun
xmahu pun mencuba untuk membuatkan kamu ketawa ...

drastik atau kamu cuba menghukum

tidak
aku bukan sesiapa untuk menghukum
manusia atau sesiapa saja didunia
aku hanya x mahu berduka
untuk sesuatu yang sia2 belaka
aku xmahu rasa hampa
untuk sesuatu yang xberguna
membazir masa juga airmata

kau semakin kuat
kental

atau aku
mahu menjadi batu
aku mahu membeku

mustahil
kerana aku kenal seorang kamu
hati kecil kamu terlalu besar ruangnya
hingga kamu memyemai terlalu
byak harapan dan kecintaan
percayalah
ianya KURNIAAN buat kamu

hmm aku mahu pulang
aku mahu berlari sederas mungkin
mendapatkan ibuku
yang menunggu dengan sekaki payung dibawah
sebuah pokok yang amat rendang
aku mahu memeluknya rapat2 erat2
aku mahu menangis semahunya
aku juga mahu bertanya ....
kenapa mereka begitu n kenapa juga
dia pergi meninggalkan aku ....

aku doakan seperti selalu
yang akan kamu temui kekuatan kamu

ya sehingga itu dan sampai bila2 pun
aku mahu DIA sentiasa ada denganku
tolonglah lindungi anak2ku itu ...
benar hanya padaNYA ... hanya padaNYA patut
kusandar seluruh harapan ... hanya padaNYA ...

No comments: