Thursday, December 29, 2011

My Mum & Stories ...


My late Mum ...
Mak Com or anak2 buah panggil mak Lang /mak Jang ....
Aruah mak byk membaca dan amat suka membaca
smpai kesemua anak2 mak mengikut hobi yang 1 nie ....
Malah mak suka membaca kitab2 lama hingga mak
mempunyai pengetahuan luas tentang pelbagai cerita ...
1 hari mak membuka cerita sebenar tentang
HIKAYAT SITANGGANG yang dibacanya dalam
makalah2 terdahulu ...
kata mak ... kalau mengikut cerita yang terdahulu
TANGGANG amat daif dan miskin sehingga ibunya tidak berbaju
malah mereka amat semua haiwan yang ada dihutan ...
mengikut mak sebenarnya IBU si TANGGANG membawa LUNTUNG (spesis
seperti monyet) untuk diberikan kepada TANGGANG yang sudah menjadi kaya
OLEH sebab itulah TANGGANG terasa amat malu dgn isterinya untuk mengaku
IBUNYA setelah melihat LUNTUNG salai yang dibawa malah keadaan ibunya
yang tak berbaju membuat TANGGANG terasa begitu malu ..
kata mak lagi saat TANGGANG tidak mahu mengaku IBUNYA. wanita
yang tidak berbaju itu menadah kedua teteknya menghala ke Langit ... dgn
airmata yang bercucuran dgn hati yang terlalu sayu maka dia pun memohon

"TUHAN kalau benar dia anak aku. Anak yang aku kandung dan anak yang aku
besarkan dengan susuku ini. Maka kau sumpahlah dia kerana dia sudah
melukakan hatiku ini ..."

tragiskan namun membayangkan kembali cerita maka aku mula
menyakini cerita ini ... keadaan dan masa yang mungkin membuatkan
TANGGANG begitu malu untuk mengakui IBUnya ....
BUT itu bukan alasan dan biar apa pun keadaannya sepatut seorng
ibu itu mendapat tempat teratas buat seorg anak ...
BG mereka yang masih mempunyai IBU maka hargailah IBU anda selagi
masa menginzinkannya ...

No comments: