Friday, July 9, 2010

Pose Ganti ...

Semalam dr pagi asyik terbayang ikan merah msk sambal
makanya balik kerja petang terus masak untuk berbuka
aduh sedapnyaaa .... sukanya
Hari ni last pose ganti ...
Insyaallah minggu depan nak pose sunat & nazar
dah abis pose ganti maka leh ler tempah baju raya ... sejak lama
sy amalkan ini
Sebab org selalu excited na k tempah baju untuk raya but pose belum
berganti ... means kita selalu lebihkan raya dari bulan puasa ...

Sy sgt merindukan bulan puasa
Sy paling suka bulan puasa bile fikirkan yang
mak n abah akan tenang sepanjang bulan ini
berehat yang sebenarnya 'disana' dan pengakhiran bulan puasa
selalu sedikit menduka ... memikirkan
mak dan abah 'disana' dan
kami disini yang menyambutnya dengan seada mungkin
tanpa mereka ... sepi dan lelah rasanya ...

Sejak bulan lepas byk tailor yang sudah tidak mahu terima
tempahan aduh susahnya ... kalau dikampung
mungkinkah benda yang sama juga ...
Dulu sejak mak pergi sy tidak pernah excited untuk memiliki baju baru
untuk hari raya ... selalunya memang tiada
sebab rasanya kosong tanpa mak ... seakan tidak bermakna baju raya itu
berbaju baru atau tidak tiada bezanya ...

Namun selepas kawen
sy mahu berubah ... sy mahu meraikannya dengan sesiapa saja
paling penting... sy mahu suami membelikan sy baju baru
entah kenapa itu yang sy mahukan ...
tahun ini sy mahu beraya dengan lebih gembira dengan cuba
merasa lebih bahagia ...
Malah sy mahu memiliki lebih dr sehelai rasanya ...
aduh mastura sudah melampau pulak kamu ...

Bulan puasa dan raya ... membuatkan hati menjadi terlalu sayu
kerana tanpa sedar sy menunggu wajah mak ...
ketika bersahur .. ketika berbuka ...

1 comment:

Anonymous said...

....hehehehe...yela buat la ape yg syang suke..yg penting syang hapy abg pn hapy gak...love u so much 4 ever n ever..emmmuahhh...