Monday, May 24, 2010

Walang ....

Hati yang Walang
bagaimana mahu kupujuk kamu
Hentilah berlagu sendu
aku penat mendengar kamu

Hati yang Walang
Apakah caranya untuk kau tenteram
dadaku menjadi sesak dan sebak
aku lesu mendengar kamu

Hati yang Walang
kenapa aku!

Wednesday, May 19, 2010

Dimakan Emosi ...

**** Entry yang penuh Emosi ****

Dalam hidup sy jarang menyesal
tapi hari ni
aku menyesal sgt2
amat2
kenapa aku boleh terlibat
kenapa aku akhirnya terjebak
aku benci FB
Tuhan ...
andai nanti yang tersisa hanya kesakitan buat aku
aku mahu deletekan saja akaun FB itu
moga2 aku tidak terus dimakan emosi seperti pagi ini
aku SUNGUH2 mahu deletekan dia
TUNGGU saja sampainya masa itu
SUNGGUH!!!!

Thursday, May 13, 2010

Bila Selalu Terkurnia ....


kakiku .. telingaku
dugaan yang menerpa dengan tiba2
mungkin selama ini aku terlalu DIKURNIA
maka aku lupa betapa nikmatnya menyedut udara

Hmm ..
sahabat ..
kamu pula yang menghela
apakah tandanya itu

Tandanya aku juga seperti kamu
kdngkala kita mmg mudah terlupa
bila selalu dikurnia
senyumlah kawan
ada yang merindui senyumanmu itu

Hampir sepurnama juga kakiku sakit
kasihankan dia asyik berdenyut dan tidak bernafas
dibalut kain putih yangbersalut entah apa
ramuan rahsia si sensei yang harganya agak mahal itu
sensei itu sekarang berada di china
ketentuan barangkali

ketentuan tentang apa

ketentuan tentang macam2
aku rasa tuhan tidak mengatur semuanya secara kebetulan
sebaliknya ia ketentuan yang sudah ada tersirat dan tersuratnya
cuma manusia yang selalu dikurnia seperti aku
mudah lupa
atau gagal membaca yang tertera
gagal mentafsir peta
gagal mencari makna yang tersembunyi
atau rasa sakit ini yang membuatkan otak ku jadi gagal berfungsi
(hehehe lawaknya ...)

Aku patut lebih membuka mata dan melapangkan dada
lihatlah udara kiriman tuhan buat semua...
cukup dan tidak pernah sampai melemaskan kita
lihat semuanya sempurna ATURAN tuhan
itu tandanya DIA ada
dan DIA mahu kita terus bernyawa ..
Untuk itu ...
Aku bersyukur selalu TERKURNIA dan hanya kadangkala diduga
hanya sekejab dicuba ...
dan kupercaya itu semua
adalah tanda cintaNYA ...

Friday, April 23, 2010

Adanya Dia ....



Sudah hampir 3 minggu kaki ini berdenyut
merah sakit dan membuatkan tiap malam tdo ku terganggu
Kaki yang sakit berdenyut membuatkan mataku tidak mampu terus terlelap ...


Ibu jari menjadi mangsa rainy yang panik mahu bergomol dengan Leo
Hmmm ...
3 minggu juga banyak rutinku yang terganggu
patutnya hujung2 minggu aku mengemop lantai namun tidak lagi
sudah jarang masak bila balik kerja ... dapurku itu sudah jarang berasap
hatiku jadi tak biasa ... aku tak suka begitu namun bagaimana ...


Namun Adanya Dia buat aku benar2 lega
Dia banyak membantu terlalu banyak menolong juga... terima kasih suamiku
Maaf kaki ku masih belum sembuh n betul lega
aku tidak mampu lagi menghayun langkah sempurna seperti selalu
Hmm harap2 hujung minggu ini kakiku semakin baik
aduh ibu jari ... segeralah kau sembuh
aku ingin berjalan seperti dulu ... aku ingin menghayun langkah laju
dan beriringan dengan suamiku itu ...

Tuesday, April 6, 2010

Menjejak Telok Anson ....


Pemandangan umah Wa dari jalan masuk ... Bangsal lama tepi kiri n kanan dah xder ...

Sungai yang sudah menjadi parit sempit ... Wah bagaimana nak berkubang klu gini ... rindunya sungai dulu tempat semua sepupu-sepapat berkubang


Menara condong ... 1st time n last time jejak kaki ngan kak lia ...

jambatan teluk Intan

alia ini kemungkinan besar temoat kita naik bot waktu dulu2 masa lum ada jambatan.
sekarang dah jadi port pemancing maaa ...

Hati berdebar saat kereta memasuki laman rumah kayu itu ...
Dari cermin kereta aku dapat melihat seraut wajah tua yang tersenyum
wajah itu penuh ikhlas merenung aku
Airmata tuanya seakan mahu tumpah saja
dia hulurkan aku tangannya dengan mata yang berkaca
Hatiku berdebar saat mendakapnya
kenapa terlalu sebak
kenapa terlalu rindu dengan seraut wajah itu
mungkin sudah lama kepulangan ku tidak pernah di tunggu
maka kali ini ianya betul2 menyayat hatiku ...
Saat melihat dia yang tertunggu2 depan pintu
seakan aku melihat bayangan ibuku ..
kalau ku tahu begitu rasanya
begitu indahnya rasa ditunggu ibu begitu
maka sudah lama aku menjejak dia ...
Dia sudah terlalu lama aku tinggalkan
rumah itu
kenangan di situ
semua di situ yang ingin aku buang jauh2
kembali ku jejaki ....

Tuhan 20 tahun berlalu
tentulah semuanya telah berubah ... semuanya tidak sama lagi dengan
kenangan yang tersimpan diakal ku
Sungai kecil tempat kami bermandi-manda
kini berganti parit kecil
paya tempat aku mengail kini sudah tertimbus dengan tanah rata
jalan2 yang pernah aku lalui dulu kini sudah dipenuhi pokok kelapa sawit
semuanya berubah benar
terlalu jauh nampaknya masa memisahkan aku dengan kenangan yang benar2 kini tinggal kenangan
Kini
aku tidak mahu merajuk lagi
akan kususur dia lagi
dilain kali kala ada kelapangan
janjiku pada hati ...
Kerana diwajahnya terlukis wajah ibuku ...
Mine
Tulip Unggu

Thursday, April 1, 2010

My April Fool ...


Aduh sudah lama tidak menulis
rindunya pada ruangan ini
Mungkin tiada yang menunggu
tiada juga yang menanti
tiada siapa yang peduli ....
aku tak kisah itu


Ini ruangan milik aku mencoretkan kata ...
Ini ruangan bersimpongannya mimpi2 ku...
Makanya aku menjadi amat rindu ...

April Fool ... aduh memang terkena sy hari ini
tertembak terjebak tersebak juga tersesak
hmm ...
Kenapa begitu
mungkin benar seperti kata ibuku
kita cuma pemain pentas dan
DIA yang mencaturkan watak-wataknya
DIA mahu menduga sejauh mana kita mampu menjiwai watak
kalau diduga masihkan kita setia
bila gembira apakah bermakna hanya saat kita tertawa

April datang lagi
Hingga aku terlupa
April bulan sengsara bukan bulan untuk bergelak ketawa
maka apa yang terjadi pada 1 April patut aku jdkan bekalan
jalan jgn terlalu kedepan
jangan berjalan terlalu laju hingga terlajak haluan

bak kata ibuku,
jalan hidup yang lurus adalah jalan mati ...
jalan yang tidak akan menemukan aku dengan apa2 pun
harapan ... impian... juga tiada disitu


Tuesday, February 2, 2010

Belajar tdo dengan betulll. Apakah maknanya?

Entah kenapa diserang rasa bosan & munggai
Aduh serasa mahu tdo dan lelapkan mata
Saya mahu istirehat ...
saya mahu menghelakan penat
tapi bagaimana ...

Nafas terasa sesak tersekat-sekat
udara hitam yang beracun atau ... otak yang gagal
mentafsir alam

Kawan2
Aduh kamu semua dimana
kata mereka ... semua internet kena block
SiALLLan!!! apa mereka ingat ini zaman Ababil
Ini zaman teknologi menyekat internet maknanya
balik kezaman flintstone ...
Peniaga yang tamak
Kasihan pada kawan2 ku itu
paling kasihan adalah aku yang 70% internet
(bak kata boss aku)

Semalam tdo awal namun tidak nenyak
suara rainy yang mengingau turut menganggu mimpiku
Rainy si kucing oren itu mahu tdo ditepi ku
Namun dia kerab terjaga dan mengingau ...
Kucing yang kehilangan ibu
mungkin begitulah traumanya
tdo dengan kuku mencengkam pada kulitku
Aduh tdo ku pula yang terganggu
maka terlahirlah
bicara ini
kata2 manusia yang sgt mengantok dan keletihan
kelelahan tanpa punca yang nyata
Bagaimana ingin mendapatkan tido yang lena
Bagaimanakah caranya atau
patut ku belanjakan sedikit ongkos
pergi kursus belajar cara tdo yang betul
tdo yang bernilai
Aduh tdor pun perlu dibelajar
mungkin kalau guruku tahu
bekas cikgu2 sekolah ku tahu
tentu mereka tertawa dengan besar2 sekali

katanya
"Mastura2" itulah kamu
salahnya kamu bila tidak pernah tertido dalam kelas
waktu belajar dulu2 ...

Mine
Aku

Presenting My Aidan ....


Koleksi cerita
"Pengembaraan Aidan ke Dunia Misteri"


Siri Pertama
Pengalaman Aidan ke dunia Semut
Belajar teknologi semut membina Istana
& belajar tentang sifat mulia yang ada dalam koloni semut

Siri Kedua
Aidan terjatuh kedalam Dunia kupu2 yang
terkena sumpahan awan hitam




Yang lain2 baca sendiri.
Nak baca boleh beli ...
Hehehehehe

Wednesday, January 27, 2010

Aidan my Baby

Yieehaaa !!!
Aidan out in town ... bestnyerrrr
Xsabar nak tgok wajah hero ku ini
This Friday moga2 leh tgok wajah Aidan dan rakannya.
Hmmm
Bunga cinta yang menghasilkan buah
Bahagia rasanya hati ini.
Alhamdulillah .. syukur pada tuhan ....

Wednesday, December 2, 2009

aFtEr 125 dAyS






Mulanya aku fikir macam dah lama kawen
Bila kira betul2 hakikatnya baru menjangkau 125 hari
Wah!!! Bagaimana rasanya tuh ...
Biasa2 saja ... mungkin tidak sebab selepas berkahwin aku rasa lebih terjamin
lebih dipunyai sebab selama ini
Hidup seperti sendirian
Semuanya kena hadapi sendiri
Anak tengah yang bukan menjadi kegemaran sesiapa ...
Anak yang kehilangan mak dan abah waktu muda
dimanalah ada masa & tempat untuk merajuk
Hidup dengan keraskan hati ...
Kini saya bersyukur punya seseorang ditepi yang boleh menyokong kanan dan kiri
Hidup juga tidak mudah untuk dia yang bergelar suami kepadaku
HAKIKATNYAaaaa ....
Sentiasa aku ingatkan diri
Selalu juga aku ingatkan dia
Hidup bukan mudah
TIDAKKkkk
juga akan menjadi semakin mudah
hidup penuh dengan cabaran
JADIiii
Kita kenalah susah senang bersama
Moga2 antara aku dan dia
Moga2 antara kami tidak mudah menjadi amnesia
atau TERLupaaaa ...


Mine
Mastura Isa