Wednesday, January 21, 2009

Big Apple

BiG Apple Semperna CNY
(Abaikan model yang tengah meng'usha' ....... )
Terpengaruh dengan ajakkan Sue ......
See aku sudah mendapatkan Big Apple tapi lupa lak pada Duren2 .....
Cuma kali ni rasanya lebih manis... jadi aku kurang suka tapi still lembut ......
(Kes sudah makan baru teringat nak amik gambar.....)
Beli 6 ketul tapi share sorg 2 ketul.
Aku ... adik n my hubby .......

Yes next time mesti amik Duren2 lak ek .....


Wednesday, January 14, 2009

Aku Dan Misi .....

Aku ada misi hari nie.
Bukan misi untuk hari nie ...... tapi misi untuk bulan ini n bulan2 akan datang ...
Seperti biasa kawan baik aku akan berkata ......
Chaiyokkkk2 & Gambatte Neh Mastura San .......
Doakan berjaya ........ Insyaallah ........

Tuesday, January 13, 2009

Perkhabaran Kurang Baik......

Baru menginjak January dan belum sampai sebulan pun di tahun ini ....
sudah terdengar khabar2 kurang enak dari orang2 pejabat atas ....... betulkah ini .....
Mengintai bilik meeting.... Capt aka boss besar sedang menerima seorang lagi staff baru (staff India yang mmg dari India).
Bulan ni jer ofis atas dah ada 2 org staff dari India.
Capt bwk masuk derang semperna business barunya dlm dunia perkapalan. Tanker....
Capt baru saja membina 2 buah kapal tanker .... Menara 1 & 2 ..... Malah Capt baru saja pulang dari China melancarkan Menara 1 untuk perjalanan pertamanya.
business nampak semakin baik .. mencanak-canak.
Tapi ........

Tapi .......

Perkhabaran dari orang2 ofis atas aka Accounts depart.... begitu menyuramkan suasana di bawah ..... di atas pun.
Account's Depart pun sudah 2 3 kali masuk bilik meeting dlm minggu ni.
Khabarnya salah bukan khabar lagi malah Account Manager sudah mengesahkan yang tahun ini tiada Bonus untuk tengah penggal..... means tiada bonus kedua di bulan Mei nanti ... increement pun mungkin tiada .... sudah 90 % pasti just tambahnya mungkin klu ada 'miracle' nanti mungkin .... adalah ........
Huhuhuhu ...... apakah maksudnya itu ......
Menenangkan hati ...... menenangkan jiwa ....... berlagak biasa .......
Mungkin bagus jugak awal2 tahun sudah diberi tahu ....... supaya dari sekarang sudah bersedia ..... sudah berjimat .......

MAKANYA.......

Mencari kerja lain - TIDAK
Malas dah nak buat kerja nie.... ZZZZzzzz..... - TIDAK
Akan datang kerja lambat ..... lalalalala... rajin2 pun bukan ader bonus - TIDAK

Saya sudah menetapkan azam di hujung tahun bukan.
Saya sudah berazam untuk menjadi pekerja yang baik ...... maka even xder bonus.... saya tetap akan kerja dengan dedikasi aka dengan ikhlas..... Lagipun saya juga telah menetapkan untuk lebih kan senyuman dan kurangkan ketawa ...... mungkin tuhan ingin menduga ... tuhan ingin melihat sejauh mana seorang saya boleh menjadi lebih ikhlas dlm hidup ......
Untuk itu .....

GAMBATTEE NEHHHHHH MASTURA SAN ............

Friday, January 9, 2009

TERJAH: PAK LAH SUPPORTERS

Lokasi : Kedai Kopi Pak Harun
Jemputan : Pak Lah Supporters Fan Club Only
Hak Penyiaran: TV3 (Media Prima n kroni2 jer.....)
Tajaan : Sime Darby
Wartawan : Nass Ahmad

Wartawan aka Nass ahmad:
Kita dengar ada rumous2 yang 1 terminal flight baru akan di buka. Banyak yang membantah namun itu cuma suara2 orng yang tak puas hati. Kita perlu dapatkan cerita sebenar. Jadi kita terjah ........ Jommmmmm

Tan Sri B :
Ish depa yang lain tu suka dengki la ..... Ni semua untuk sector pelancongan negara jugak

Datuk S :
Kita perlu melihat n menilai keperluan rakyat 20 tahun lagi ......
Mungkin pada masa itu flight akan menjadi kenderaaan utama rakyat.
Sebab tu terminal untuk flight kena lagi banyak dari terminal bas, LRT atau komuter.
Ini semua untuk kesenangan rakyat jugak.

Pengerusi MIC :
Ini adalah jawapan kepada rakyat yang asyik complain psl harga toll.
Jadi naik flight mereka dapat elakkan bayar toll. Ada pikir ka itu orang.
Jadi rakyat lebih banyak pilihan bukan. Hehehehe

Pak Tani :
Pakcik sgt setuju dengan rancangan Pak Lah ni.
At least past ni Pakcik leh mintak kerja sana x yah nak bela2 lembu lagi.

Wartawan : Tengok tu kesemua yang kita jumpa, rata2 rakyat setuju dengan rancangan membina lagi 1 lcct di Labu. Kesimpulannya di sini ....... Lu pikirrrrrrr sendiri ......

Thursday, January 8, 2009

Aku pun Mahu Berlari

Pari-pari
Apakah kau telah berlari...
Jelmalah dan bawakan aku sekaki payung unggu
Hujan lebat
Hujan sedang mencurah hebat dan aku ditengah jalan
terhenti berjalan ....
Pari-pari
Kembalilah sapulah airmata yg makin tak tertahan
Perlukan hatiku banjir lagi .....
Pari-pari ........
Bawalah aku pergi ......
Bawalah aku pergi ..... aku juga mahu berlari .....

Mine
Tulip Unggu

Bagaimana ingin Merangkak di Dalam Gelap ......

Kenapa takutkan gelap
Sedangkan tanpa malam bagaimana akan kau terlelap
Bagaimana merangkak ....... bukan berlari pun
Cuma mahu bernafas....
Bernafas dengan hela yang sempurna......

Macamana harus kukenal sedangkan berjumpa pun kita x pernah

Bagaimana harus kukhabar padanya......
bahawa aku telah terluka
apa caranya agar dia paham agar tak mengulang benda yang sama.....
agar dia tidak lagi menguris hati ku
kerana ...
yang terguris bukan hanya di hati ......
Kenapa harus begitu berkata sesuka hati
menghiris menyiat hatiku
kenapa dia yang kupilih begitu

atau .....

aku yang keterlaluan sendiri bukan bidadari
lantas mahukan pari-pari sebagai teman ......
bagaimana merangkak dalam gelap
kerana mengikut kata ibuku .....
masa kecil aku tidak merangkak sebaliknya terus saja berjalan......

Mine
Tulip Unggu

Tuesday, January 6, 2009

Demam N Mc

Demam lagi.....
Selsema lagi ....... batuk lagi ........
Dah dekat seminggu demam aka selsema aku nie tak sembuh2......
Customer pun sedar sampai suruh aku amik mc jer .......
So untuk memenuhi permintaan customer aku tu (customer always rite) makanya insyaallah esok aku akan amik mc .......
Kepada boss aku ...... pesanan aku ..... esok tolong2 cover kerja den yg senang nie yer ....
hehehehe.....

p/s : jgn boss aku esok pun mc udah ler ....... sbb aku tgok dia pun dah mula batuk2 kecil

Luke Day's A.K.A Back to College

Luke n Hazrina

Entah nape hati tergerak untuk hadir ke kenduri Lukman.
Mungkin sebab sudah bertentang mata dengan Lukman dan dia pula dengan sendirinya mengharapkan aku datang.

Tambahan pulak Chun-chun si Ida kosong makanya jeng jeng jeng ......
Umie Dah Haziq

Memang tak menyesal n terasa sgt gembira di sana.
Sebabnya meriah tull majlis Lukman ...... meriah ngan geng2 n kawan2 yg dah lama tak bersua muka.
Macam biasalah semuanya bila bersua ..... mulalah bergosip...

Teringat zaman2 kat UiTM dulu ......
Teringat zaman2 kat seroja jugak.
Kecoh bila masing2 bertemu.
Sudah lama tidak bersimpongan bersama mereka.

Tgok tu semua ada ..... Semuanya bercampur
Jumpa Umie .... Jumpa Hanim yang tetap kecoh seperti dulu, jumpa Lis yang semakin langsing .... Ilah yang sudah mendukung baby.

Semuanya ketemu muka di situ. Terasa mcm berada dalam dewan kuliah 1 bila semua sequences ada ....... budak broad ada, journ, advert, PR N Pub pun adeee.....
Terasa rindu sangat dengan zaman2 belajar dulu ......
Majlis Lukman hari itu menjadi lebih kepada medan pertemuan semua.

Yerlah Lukman kan selalu terpilih menjadi wakil aka ketua kepada kami.
Lukman mungkin antara the most wanted bachelor so mestilah majlisnya menjadi tumpuan. Mestilah semua tertunggu2 sapelah yang bertuah menjadi suri buat Lukman.


Julie yang sudah ada anak ..... Rina Zainal yg semakin Langsing .... Hanim yang makin vogue gitu .....

Hazrina suri Lukman friendly orangnya.




Kepada Lukman semoga bahagia selamanya.

Friday, January 2, 2009

Perutusan Membawa Perkhabaran

Kenapa dia berkata-kata
Kenapa dia berbicara
Sedangkan bahasanya tak mampu aku baca

Perutusan itu telah tiba & mereka telah membaca watikah pemberitahuan itu
Katanya ....... telah tiba masa untuk dia dibawa pergi
Dan kali ini dia diberi cuma 5 purnama untuk membuat persiapan
Jika dia gagal untuk terbang pulang sekali lagi
Dia bakal dimakan sumpah kerana telah membuat bidadari langit menjadi murka
Seluruh alam bakal ditimpa bencana
Ribut sepurnama ...... di ikuti dengan kemarau sedekad lamanya

Dengan airmata ...... dengarlah kata-kata ku ini
Kerana tidak mahu kau sengsara seperti aku
Kerana tak mahu kau menjadi debu
Atau di sumpah menjadi batu
Maka
Berangkatlah ....... pergilah segera .....
Biarkan saja aku
Biarkan saja aku disini
Pergilah ........ terbanglah ...... melayanglah .......

Aku
Tulip Unggu


Hepi New Year ......

Wah bagus tahun nie ......
Nape.... aku sambut tahun baru dengan tgok percikan bunga api dr merata2 tempat.
Dari KLCC, menara Telekom, PJ and even bunga api yang terpecik kat Genting pun aku tgok.

Macamana ..... percayakah anda dari jendela aka tingkap umah aku tu.... leh nampak KLCC, menara telekom n even puncak Genting, ketika cuaca baik. Yesssss...... sana sini
Tu pun baru 2 3 menjak ni aku sedar dari tingkap aku tu leh nampak KLCC, menara Telekom and puncak Genting.

Rainy yang mula2nya dok melepak tepi tingkap tu terus jadik tak keruan .... takut .... dia kan mudah panikkk.....
p/s : gambar xdapat amik sbb adik aku dah amik kamera n dia betul2 kat KLCC ... huhuhu

Aku memang jarang celebrate new year pun. Jarang sangat ...... sebabnya aku ni jenis tak suka bersesak-sesak. tak suka ramai2....... rimassssss akak .....
Azam tahun baru ..... jarang buat azam tapi macam biasa mestilah masuk tahun baru nie kenalah berubah kepada benda2 yg lebih baik. Yess ......

Insyaallah untuk tahun nie .... aku akan berusaha menjadi lebih baik, lebih sabar, lebih senyum....
lebih baik untuk diri sendiri n jugak menjadi lebih baik untuk orang lain .......

Doakan .......
Rainy yang dok melepak tepi tingkap.

Dari jendela ni leh nampak KLCC, Menara Telekom and Puncak Genting ....