Merdeka dah dekat sangat
Apa yang kita buat untuk mengenang Merdeka...
Aku seperti yang lain-lain cuma ghairah memikirkan cuti yang panjang
Terasa hampir muntah dengan kerja-kerja di pejabat, semakin hari semakin banyak
bila buat tak pernah kurang pulak...... habis satu datang lagi tiga empat .......
Membaca blog tokwan aku (Mahathir) tentang Merdeka, hati tiba-tiba rasa terpanggil
untuk mengomel tentang kita, bagaimana kita menyambut yang namanya Merdeka.......
Sebenarnya ahli kelab kami (club 30) jarang menyambut apa-apa acara. Tapi tahun itu entah apa yang merasuk hati masing-masing.
Malam merdeka kali itu, hanya dengan menapak kita sampai MCD S3 yang baru buka...... ketika percikkan bunga api kelihatan menari-nari di langit, kita sedang enak mengisi perut dengan resepi-resepi rahsia milik Uncle Ronald. Weh kawan..... Uncle Ronald penjajah jugak bukan.......
Kebanyakan ahli kelab kami nie, mempunyai banyak persamaan....... ya hampir sama walaupun tak serupa....... dan kebanyakan kami lebih dekat dengan A Samad said dari Albert Einstein.... aku rasalah.......
Maka sinilah bermulanya topik kat atas tu.....
Ketika di sekolah aku bukan pelajar sastera tak amik pun pelajaran tu dan aku jugak bukan budak-budak sains yang bagus tu. Aku amik ekonomi and akaun. Tapi aku suka menulis, aku suka sastera, kerana sastera mengajar aku menjadi lebih manusia .....
Satu ketika bila, ramai antara pengawai-pengawai kolor putih terjebak dengan segala mcm jenayah, tertanya apa yang kurang dengan mereka. Bila pak-pak menteri mula terlibat dengan rasuah, bila sampai ke PM pun bergelumang dengan segala macam 'kekotoran' dan aku terpikir cuma satu.
Rasanya dari sekolah sendiri kita telah dibekalkan dengan pendidikan yang jauh tersasar. Kita terlalu agung-agungkan sains hingga kita lupa yang manusia itu juga perlukan makanan jiwa. Pewaris bangsa dididik menjadi mereka yang begitu tamakkan kemajuan, kepandaian yang kita ukur dengan kejayaan dlm pelajaran berunsurkan sains. Secara tidak langsung kita pinggirkan yang namanya sastera. Sastera hanya menjadi milik mereka yang tertingal, yang tak punya masa depan, yang hanya ingin bermimpi....... mungkin kita lupa, dengan bermimpilah maka terciptanya segala benda di dunia. Untuk mencipta yang namanya Lampu sudah tentu Thomas Edison itu bermula dengan sebuah mimpi bukan.
Bila kita sematkan yang 1+1 akan menjadi 2 atau kita tanamkan yang 10 itu lebih banyak dari 1. Melihat kebenaran dari sudut yang rigid..... maka dengan tersiratnya kita telah gagal melahirkan manusia yang mampu memikir dan melihat sesuatu dengan lebih luas. Melihat luar dari sebuah kotak. Kerana dlm sains semuanya adalah rigid ibarat satu DNA yang tak akan berubah. Kenapa aku katakan sastera itu makanan jiwa. Sastera bersifat luas, dia mampu kau ubah-ubah mengikut haluan mengikut keadaan. Sastera mengajar jiwa menjadi lebih prihatin pada segala-gala yang ada di dunia. Sastera bukan sesuatu yang rigid. Jadi kenapa dan mengapa sastera itu kita tolak ketepi dalam sistem pendidikan.
Weh..... tapi aku rasa yang nama Albert Einstein itu juga tidak pernah secara total menolak yang namanya sastera seperti mana Pak Samad yang kadang-kala ada juga menulis tentang sains manusia.
PS: Ahli club 30 mana nak p celebrate kali ni....
( sapa yang tau kat mana 1st AJK di lantik)
Mine
Tulip Unggu ..........
3 comments:
kagum dengan mereka yang sangat pandai tentang sains tapi masih juga boleh menulis ayat sastera yang mampu membuatkan kita berfikir sejenak..
merdeka kali ini di smbut dengan kedatangan ramadhan kakak..mungkin boleh ke uncle ronald, tapi sahur lah! sarapan di situ kan seawal jam 4 pagi? =)
sbb kita slalu fokus pd satu bende..tu yg jd gi2
lgpon sebut sastera,,sume org terpkr satu je..mendayu & x paham pale otak:)
penah smbut lagi ke? bkn sume kepale otak terpkr nak cuti je ke
x de makne dah merdeka 2..cm kat aku jd bermakna sbb hr 2 kompom umur aku bertambah..muhahahaha
yups..kita sambut besday zai masa tu....muda-mudi lain sibuk terkinja2 laungkan merdeka..tp kita jarang amik pot..
yg best dpt tgk letusan bunga api..tu pun dr jauh aje..
humm club 30 ditubuhkan 1st time kat dlm bilik bernombor apa tah kat SEROJA hhehe..
Post a Comment