Tuesday, November 15, 2011

Dear Ryan VOL 1 : Mummy I want to ride ....


Mummy pls I want that! I want that thing!!! plssss







What thing honey? Oooo that thing we call car


hurry up mummy
I want to see it closely






jomm2





I'm so excitedlah mummy ....
how to play it


we need to ride it









okay 1st... let think how can U ride it



how to ride it
its bigger than me






then lets daddy show u how






(hahahaha! at last daddy help U ... then only U can ride ...)


Monday, November 14, 2011

Mungkin inilah kunjungan terakhir kami ...


Inilah wajah antara anak & cucu2 mak n abah
Kenangan terakhir di rumah kayu tepi sawah ...
sedih sayu ... walaupun hakikatnya rumah kayu itu sudah lama
ditinggalkan kosong namun kita tetap balik
setiap kali raya untuk menjenguknya namun
mungkin inilah kali terakhir selepas ini
rumah ini akan kita tinggalkan selama-lamanya ...











yang bakal tinggal hanya ingatan dan kenangan yang tak mungkin berganti
Inilah tempatnya tertumpahnya segala kenangan terindah
bersama mak n abah ... rindunya untuk merasa "RASA" itu lagi
namun ....










Bagaimana untuk melupakan tempat ini ..
bendang ini
permatang ini pernah menjadi tempat kami
bermain tempat kita menyemai semua impian ....











pemandangan ini mungkin
tidak mampu kita tatap lagi ....

pokok buah mempelam kuinin yang
saat buahnya masak meranum
baunya mengharum seluruh rumah
maaf kau juga mungkin bakal di musnahkan
ah sayu mengenang semuanya ...

Friday, November 11, 2011

My Beautiful Angels ...

Dija & Jazzmina penuh dgn cerita dan kaletah ...
Mesti sunyi tanpa 2 angels nie ...
Tgok tu kiranya nak menari baletlah tu ...


Ayu n Mimi
Ayu, Jazzmina & Putri ....
3 angels of us ...




Bila saya cuti inilah yang terjadi ...
boss ko buat kerja ker bergayut nie!!!
sapalah yang dok mengentel wayar phone aku ...

Thursday, November 3, 2011

--------Bye 4 a while---------------

pada mu laman
yang banyak menyimpan
kisah kita ....
aku tinggalkan kamu sekejab ...
sekejab cuma untuk menjenguk daerah tercinta
akan aku pulang
membawa kisah untuk dikongsi denganmu ...
tunggulah aku seperti selalu yar ...
doakan aku selamat pergi dan pulang
dah moga2 aku pulang membawa lebih kekuatan ...

hanya padaNYA ... hanya padaMU ....

kamu ...

hmmm
kenapa

aku kehilangan kata2
xtahu atau xperlu berkata2 barangkali

bila kata2 yang sama
perlu kau ulang
perlu kau nyatakan sedangkan kau
yakin yg pendengar itu tidak mahu pun memahami
tidak mahu mendengar dengan hatinya

rasa rugi
rasa sia2
bosan juga
tertanya2 apakah yang kucari
tak mungkin aku temui
mungkin dugaan tuhan untukku ..

KURNIAAN juga barangkali

hmm kau menyentakkan lagi hatiku ini
teman ... terhela beban dan sarat hatiku ini
dibujuk dengan kata2mu itu
kau tahu aku bermimpi
mimpi yang ku kira amat mahal amat berharga
aku terfikir mungkin tuhan sengaja
kurniakan aku mimpi dan rasa itu
agar kurasa manisnya kasih sayang
yang amat aku dambakan....

tuhan sentiada ada dan DIA sentiasa mendengar kamu

kini aku paham
kenapa kakak2ku hanya ingin menjadi batu
jd beku pada ikatan mereka
aku benar2 paham
untuk lebih bahagia
untuk tidak banyak menderita dan
lebih mengalirkan airmata
jadi pedulikan mereka
pedulikan
sebab mereka tidak pernah cuba
memahami kamu pun
xmahu pun mencuba untuk membuatkan kamu ketawa ...

drastik atau kamu cuba menghukum

tidak
aku bukan sesiapa untuk menghukum
manusia atau sesiapa saja didunia
aku hanya x mahu berduka
untuk sesuatu yang sia2 belaka
aku xmahu rasa hampa
untuk sesuatu yang xberguna
membazir masa juga airmata

kau semakin kuat
kental

atau aku
mahu menjadi batu
aku mahu membeku

mustahil
kerana aku kenal seorang kamu
hati kecil kamu terlalu besar ruangnya
hingga kamu memyemai terlalu
byak harapan dan kecintaan
percayalah
ianya KURNIAAN buat kamu

hmm aku mahu pulang
aku mahu berlari sederas mungkin
mendapatkan ibuku
yang menunggu dengan sekaki payung dibawah
sebuah pokok yang amat rendang
aku mahu memeluknya rapat2 erat2
aku mahu menangis semahunya
aku juga mahu bertanya ....
kenapa mereka begitu n kenapa juga
dia pergi meninggalkan aku ....

aku doakan seperti selalu
yang akan kamu temui kekuatan kamu

ya sehingga itu dan sampai bila2 pun
aku mahu DIA sentiasa ada denganku
tolonglah lindungi anak2ku itu ...
benar hanya padaNYA ... hanya padaNYA patut
kusandar seluruh harapan ... hanya padaNYA ...

Tuesday, November 1, 2011

TRAGEDI RACHEL CORRIE

Ini antara cerpen yang termuat dlm koleksi buku 'KOLEKSI CERPEN, SAJAK, SYAIR & PANTUN' yang akan diterbitkan tahun hadapan .... sila2lah menghayatinya ...

Salsabila pejamkan mata yang terasa amat berat untuk dilelapkan. Di mata kecilnya itu masih tergambar kisah seorang kanak-kanak kecil yang cedera parah dengan darah yang membasahi seluruh tubuh.

“Kenapa tu mama?” Itulah persoalan yang terkeluar pada bibirnya pada puan Salmah yang asyik mengadap laptop di hadapannya.

Salsabila nampak runtuhan bangunan dengan tangisan anak-anak kecil menahan kesakitan. Apa yang dah jadi dengan mereka, kenapa dunia mereka terlalu hura-hara. Salsabila tidak sanggup untuk terus melihat apa yang terlayar di televisyen.

“Mama!” Soal Salsabila yang mahukan penerangan ibunya namun puan Salmah sedang leka melayan rakan-rakan mayanya di internet. Ibu kanak-kanak tersenyum malah ada kalanya dia mengilai sendirian.

cerita lanjut sila layari link dibawah :

http://mast-tuc.blogspot.com/2011/11/tragedi-rachel-corrie.html

Kerjanya .....


Bosan kerja
bukan sebab byk kerja TAPI sebab takde kerja
dan kami terpaksa buat2 mcm ada kerja
pura-pura berkerja
kerjanya! berlakon saje
itulah cerita kami waktu bekerja yang takde kerja
KERJA gila betulll !!!

Friday, October 28, 2011

Mimpi Semalam ...


Mimpi yg sangat pelik
namun begitu indah ... hingga saat aku terjaga dan membuka mata
aku seakan masih terasa hangatnya ... rasanya ...
bila mata terbuka perlahan-lahan ...
hati disambar rasa yang begitu pelik ... mengapa dia!
pelik ...
rasanya membuatkan aku masih diawang-awangan hr ini
soalannya kenapa kamu!!!!

Tuesday, October 25, 2011

U ARE MOST WELCOME FRIENDS (DaH Lama Daaaah...) ...


Sebenarnya sy dah lama
berblogging atas nama minat pada dunia penulisan
bermula sejak 2008 dgn entry ini ...
dah lama daaah kan but seriusly sy jarang meninggalkan komen
pd semua blog2 yang wajib diterjah setiap hari ... just
waktu itu hanya mengomen pd entry rakan2 baik
yg dikenali masa di UiTM ...
sy selalu n senang menjadi silent reader n followers jer
setiap hari wajib blog2 mereka diterjah even mereka langsung tidak
tahu mengenali sy dan langsung tidak meninggalkan jejak ..
sebab seronok mengikut kisah hidup, coretan yang tertera yg
kdng2 menjadi pembuka hari yang kadang2 membakar semangat sendiri ...
akhirnya kehidupan mereka anak2 mereka menjadi sebahagian dr diri ..
namun sudah terlalu lama berdiam (silent and silence now is time to speak ... silent is spoken now ... hehehe)
now sy mahu terjah & meninggalkan jejak ... sy mahu melihat
adakah antara mereka yang rasa tertarik dengan penulisan sy seperti mana
sy menunggu ceritera mereka tanpa jemu ...
sy mengalu-alukan kedatangan mereka untuk turut berkongsi kisah
bingkisan sy samada suka ataupun duka ...
FRIENDS YOU ARE MOST WELCOME to mypage ...