ArrrrHHHH!!!!
Mengantok lagikah ... bukankah dah lama aku tertido!
Sian Blog yang bersawang.
Mood unt berbloging hilang sebab kawan2 semua pun dah hilang dari dunia blogging neh
Si akak tabtibau sudah terbang, midgeo pun p sembunyi dekat machu picu agaknya
Kak Sue saja yang kadang-kadang muncul sekali sekala
MAKAnyaaaa
apa lagi makna dunia blogging ini tanpa mereka!
Hmmm .....
Tmbahan pula kebizian yang makin menjadi-jadi ..
Alhamdullilah rezeki yang selama ini aku harapkan
Perlukan blog ini aku teruskan or just announce officially closed.
Entah ...
Biar aku pikir dulu!
Mine
Aku
Tuesday, November 24, 2009
Friday, July 3, 2009
Alhamdulillah Syukur ....
Diselangi kesibukan melampau dek hari langsung yang bakal menjelang tidak lama lagi ...
(hmmm... kesibukan hati barangkali) usahaku memenuhi kecintaan terhadap penulisan sudah menampakkan wajahnya.
Menulis tentang cerita manusia, cuba melakarkan kehidupan mereka, kehidupan yang penuh dengan rencah dan rasa, seakan memberi seribu kepuasan buatku. Buat mereka yang pernah membaca cerita2 kecilku itu, mereka pasti dapat menangkap kebanyakkan paksinya ialah kedukaan, jalur2 penceritaannya lebih kepada kehampaan.
Langsung tidak terbenyak dengan kata-kata itu. Balasku padanya cuma mengiakan.
Kesedihan, kedukaan dan kehampaan menjadikan aku lebih manusia. Menjadikan aku lebih perasa ... jalur2 persimis itu tidak pernah menjadikan aku manusia yang kalah pun.
Jalur itulah yang banyak memberikan cetusan dan curahan idea dalam memenuhi kecintaanku pada penulisan.
(hmmm... kesibukan hati barangkali) usahaku memenuhi kecintaan terhadap penulisan sudah menampakkan wajahnya.
Menulis tentang cerita manusia, cuba melakarkan kehidupan mereka, kehidupan yang penuh dengan rencah dan rasa, seakan memberi seribu kepuasan buatku. Buat mereka yang pernah membaca cerita2 kecilku itu, mereka pasti dapat menangkap kebanyakkan paksinya ialah kedukaan, jalur2 penceritaannya lebih kepada kehampaan.
Semalam seorang rakan memberitahu, begitulah kau ... kau yang suka amat bersedih. Katanya, itulah cara aku.
Langsung tidak terbenyak dengan kata-kata itu. Balasku padanya cuma mengiakan.
Kesedihan, kedukaan dan kehampaan menjadikan aku lebih manusia. Menjadikan aku lebih perasa ... jalur2 persimis itu tidak pernah menjadikan aku manusia yang kalah pun.
Jalur itulah yang banyak memberikan cetusan dan curahan idea dalam memenuhi kecintaanku pada penulisan.
Alhamdulillah...
syukur ...
Moga2 jalan yang terbentang itu tidak akan pernah ada hujungnya. Terima kasih pada semua ... ketahuilah bahawa jalan itu sudah terbuka untukku. Masih berbekalkan jalur2 itu, kuharap ia mampu menghasilkan sesuatu yang bermakna ... punya makna, biarpun cuma pada seorang ...
Aku
Mastura Isa
Saturday, June 13, 2009
Pari-pari Dibawa Angin
Dia sudah terbang
Dia sudah melayang hilang
Hilang entah kemana
Mungkin dia juga sudah hilang ingatan tentang aku
Mungkin ....
Dia sudah melayang hilang
Hilang entah kemana
Mungkin dia juga sudah hilang ingatan tentang aku
Mungkin ....
Friday, May 8, 2009
Dia Selalu Ada ...
Tuesday, April 14, 2009
Untuk Lebih Bahagia

Untuk lebih bahagia
kurangkan berfikir
JANGAN
jadi manusia yang terlalu pemikir
Seniman mereka antara manusia yang kurang bahagia
KERANAaaaaaaaa
terlalu pikir
memikir yang bukan2
MAKAnyaaa ...
aku akan mula kurangkan pikir
jangan pikir yang bukan-bukan
jangan pikir terlalu mendalam
jika tidak aku akan tengelam
Betulkannnn ...
Aku
Tulip Unggu
Monday, April 13, 2009
Akan Ada Jalan
Bz lagi ...
Mungkinkah petanda ekonomi semakin ok
Mungkinkah petanda ekonomi semakin ok
Export barangan kian bertambah
tapi kata kawan baik ku
MUSTAHIL
kerana bila J-CARD day still x ramai orang
(Hishhh ... betul ke penanda yang dia guna pakai tu ...)
Awal bulan aku menerima rezeki tanpa terjangka
INDAHNYAaaaaa ...
dapat membuat sesuatu yang amat kita suka
sesuatu yang sudah lama tertangguh
JALAN pertama mungkin sudah terbuka
cuma tunggu aku
BERJALANnnn sahaja ....
Insyaallah ....
Jika ada yang membaca
Jika ada yang membaca
Jika ada yang peduli
tolong doakan juga aku
Insyaallah akan ada jalan ...
Insyaallah akan ada jalan ...
Aku
Tulip Unggu
Thursday, March 26, 2009
Vol 2 : Yang Tertinggal Ketika Dia Pergi
Adalah
bekas kaki
Bekas kaki yang berbalar di hati
Yang Datang ketika dia melayang
ialah
ruang kosong
Ruang kosong yang menyesakkan dada
Aku
Tulip Unggu
Tuesday, March 24, 2009
Mungaiiiiiii
Tajuknya pelik kan ...
Sapa yang paham ..... maka dia pahamlah
Aku kat ofis
Sepagi hujan
tangan seram sejuk
beku .....
Lani aku diserangkan rasa xder mood
rasa nak berhenti kerja
rasa nak pegun
rasa nak muntah
rasa mungaiiii
Tuhan selamatkanlah akuuuuuuuu
Wednesday, March 18, 2009
Rainy makin Besarrrrrrrr
Tengok gaya2 dia tdo nie.


Kadang2 suka hati jer naik atas kotak n terus dia tdo
Pastu tdo dengan amatlah lasak.
Suka hati jer .......


Ni pulak bila dia sejuk.
Pandai lak dia datang tdo atas katil.
N sejuk2 ni dia suka tdo berdepan ngan kipas then tumpang selimut aku.
Nilah gayanya ......
Sejak 2 3 menjak nie.
Rainy n Leo dah tak mau tdo dlm bakul depa dah.
Yang depa dok rebut adalah port atas kotak nie n dlm bakul baju adik aku.
Macam2 no .......
Tuesday, March 17, 2009
Inikan pula ........
Minggu yang BZZZZZzzzzzz sgt2....
Sebabnya
Minggu lepas aku cuti balik kg so release tension sikit
Tapi balik ofis kerja menunggu berlambak2
Padahnya .... Jumaat tu pukul 9 mlm baru kuar ofis
N Sabtu pagi datang lagi ofis balik kul 1 tghari...... Cuti hujung minggu abis sia2
Semalam masih lagi tersampuk dengan BZZZZzzzzz
SOOOOOOOoooooo sehari suntuk aku buat kerja tahap maximum
Wah pekerja contoh
Balik kampung best jugak
Xcited sgt2 sepanjang perjalanan cuaca pulak segar saja dan cerah sepanjang jalan.

Dekat kedah rupanya sekarang sudah musim menanam (musim menyemai anak benih).

Hmmm ..... damainya di tempat sendiri.
Baunya seakan menusuk ke hati.
Yang buat aku terkejut n jadi kagum, la ni dekat Alor Setar sekarang mengalahkan Korea.
Bunga2 putih penuh di dahan.
Malah bunga2 putih dan merah itu bertaburan sepanjang jalan.
Masa perjalanan nak mkn besar ..... hehehe ..... pokok ala2 sakura nie
berderetan sepanjang jalan dengan hujan renyai2 bunga2 yang gugur tu cantik sgt.
Dek sebab terlampau kagum aku lupa nak amik gambar... huhuhu
Jumpa anak2 buah N jumpakan derang dengan bakal Unclenya .... hehehe Acik Yang ...
Kenalkan dia dengan semua family aku.
Saja je gempar2 dia sikit masa nak jumpa Abang.
Cakap Abang aku yang alim tu garang woooo ....
Cuma dia agak ralat tak dapat jumpa kak Alia ... yelah orang tu kan jauh oversea nunnn...
Maybe bulan 5 kena balik lagi untuk permohonan kawen
Masa perjalanan pulang ada sayu menyinggah hati
Melihat sawah padi yang sayup
Hijau bak hamparan permaidani ......
Seakan tak mahu bumi kedah ini aku tinggalkan
Dari jauh seakan ternampak bayang aku sendiri bersama alia n adik berlari di permatang sawah
dan disitu juga terlihat wajah mak yang tersenyum ......
Bak kata orang tempat jatuh di kenangkan ..... inikan pula tempat aku bermain .....
Subscribe to:
Posts (Atom)












