Wednesday, November 16, 2011

kamu
belum habiskan menghiaskan taman ini

hmm
mestilah belum taman ini perlu teliti
aku mahu kamu gembira dan menguntum senyum saat terlihatnya
aku mahu apabila melihat taman ini kau akan terus lupa apa itu
maknanya berduka
aku tidak mahu hatimu tahu ertinya walang

kamu
kamu sgt baik
betul2 memahami aku
kamu selalu ingin bahagiakan aku
seperti selalu seperti dulu
kamu tidak pernah langsung meninggalkan aku
terima kasih tuhan
dia berikan aku
kamu ...

terima kasih tuhan
kerana kamu menjadi tuanku
sahabatku
kalau tidak
bagaimanalah pula nasib kita

hmm
benar2 terlupa
sebenarnya aku tidak menyangka
yang selama ini kamu sentiasa ada
meladeni semua mimpiku
melayan semua impian2ku ..
tuhan tanpa sedar DIA kurniakan aku kamu

hmmm
bukankah aku yang bersama kamu
diatas rumah dalam bilik yang bergelap itu
bukankah aku juga yang temankan kamu di batas bendang
meladeni cerita2 indahmu itu
bukankah aku juga yang selalu meminjamkan suara
kepada batang mop kusut itu

hmm
aku mahu menangis
kenapa begini
hmm aku hanya mahu bahagia dan bahagia bagiku
bukan dengan emas dikeliling lengan
aku mahu senyum
sedangkan ia bukan bermakna terbolokku
dipenuhi dengan makanan mahal
tuhan
hari ini
sekali lagi aku kuat hati
kenapa dipencarian ini aku tetap rasa begini
aku perlu tenteramkan hati sendiri
aku perlu berdiri untuk kuatkan diri
siapa yang pernah cuba memperjuangkan aku
sakit
pedih
rasanya hati aku terkoyak
compang camping dan berdarah sini sana
kenapa itu yang aku temui
kenapa teman

hmm
kerana ada masa
kau kelelahan
kau kepenatan
kau kelemasan
kau tak mampu lagi menahan
maka teman menangislah seperti selalu
aku akan sentiasa mengesat hati aku
menyapu luka kamu

kenapa TUHAN tidak betul2 menzahirkan kamu kepada aku
kenapa?

hmm
mungkin bila aku dizahirkan
aku tidak mampu melihat dalaman2 kamu lagi
aku akan menjadi seperti mereka
aku tidak mampu memahami kamu seperti ini lagi
sbb itu aku begini

hati aku luluh
aku kira
ia belum sembuh
aku kira ia mula berdarah
dan aku cuba menampalnya dengan kepingan murah
yang tidak mampu bertahan
aku takut ia terbelah dan pecah
hancur ditiup angin dan menjadi debu
saat itu aku kira
semuanya sudah tidak berguna lagi

tidak
aku yakin kamu bukan begitu
kamu bukan mengumpul dendam
kamu cuba mencucinya dengan perlahan2
kamu cuba membasuhnya satu persatu
aku yakin satu hari nanti ianya akan jernih
kau yakin TUHAN itu adil
maka hari itu akan muncul juga nanti

aku lelah
aku lemah
maka masih mampukah aku terus menunggu

teman
ingat
redha tabah
dan ikhlaslah
maka akan kau temui jalanmu ...

No comments: