Monday, September 6, 2010

Selamat Menyambut Lebaran ...

Selamat menyambut syawal kepada semua.
Moga tahun ini kita semua mendapat lebih barakah.
Wahhhh !!! tak sabar nak jumpa kakak2,abang & anak2 sedara semua ...
dah lama weh tak jumpa ...
Tunggu sy akan kembali menjengah sawah bendang itu ...

Memori bersama sawah bendang menjadi darah n nadi dlm hati &
seluruh jiwa ...
Disitulah tempat kami bernari,bernyanyi, bersimpongan melihat betapa
indahnya langit, awan, pelangi, hujan ... ah semuanya ciptaan tuhan ..
Disitu juga tercatat kenangan terakhir aku dan mak ..
Masih terasa hangat tangan memimpinnya yang mahu menjengah
bendang ... kami lalui batas2 bendang bersama dgn hatiku yang bersimpongan sayu ...
Melihat langit petang yang berbalam matahari tengelam
hati dipagut sejuta sendu ...
Esok juga mak mahu pergi lagi menjengah bendangnya dan aku jugalah
yang memimpinya
dan rupa2nya itulah jengahannya yang terakhir kerana magrib itu mak pergi selamanya ...

Mak sawah bendang itu tanda cintamu kepada kami
tanda cintamu pada abah ...
Sawah bendang itu mencatat seribu cerita buat kita
Mak sawah bendang itu akan aku kunjungi kali ini
akan kukunjungi tanpa mu lagi ...

Moga2
tuhan aturkan pertemuan kita sekeluarga 'disana'
Insyaallah ...

2 comments:

aliadijamina said...

Rindunyaaaaaaa..., nak duduk dibatas bendang sambil dihembus angin petang.

mid said...

selamat hari raya maaf zahir batin