Dia aku namakan pari2 kerana ...
Saat aku terluka
dia menghampiri dgn katanya kau kenapa
Ketika aku diluka
dia tiba mengesat airmata
dan katanya siapa yang telah buat kau menangis
Dia aku namakan pari2 kerana ...
Dia bawakan aku sekaki payung unggu saat airmata menghujani pipi
Dia nyanyikan lagu
lagu yg ada dalam hatiku
Dia ceritakan sebuah citera
Citera yang buat aku tertawa .......
Dan
Dia juga aku namakan pari2 kerana ....
Wujudnya bagai mimpi umpama fantasi
Dia tak ubah mimpi indah yang menjenguk ketika akhir lena
belum sempat merasa manisnya indahnya
kita akan terjaga kerana siang sudah pun menjelma
Dia juga aku namakan pari2 kerana ....
Kerana seingin mana aku padanya
Semahu mana aku padanya
Ia tak akan bawa aku kemana-mana
Seperti .....
Seperti juga mimpi2 indah ku yang terdahulu .....
Mereka juga berlalu ......
Pergi berlalu begitu saja ......
Aku
Tulip Unggu
No comments:
Post a Comment