Kenapa dia berbicara
Sedangkan bahasanya tak mampu aku baca
Perutusan itu telah tiba & mereka telah membaca watikah pemberitahuan itu
Katanya ....... telah tiba masa untuk dia dibawa pergi
Dan kali ini dia diberi cuma 5 purnama untuk membuat persiapan
Jika dia gagal untuk terbang pulang sekali lagi
Dia bakal dimakan sumpah kerana telah membuat bidadari langit menjadi murka
Seluruh alam bakal ditimpa bencana
Ribut sepurnama ...... di ikuti dengan kemarau sedekad lamanya
Dengan airmata ...... dengarlah kata-kata ku ini
Kerana tidak mahu kau sengsara seperti aku
Kerana tak mahu kau menjadi debu
Atau di sumpah menjadi batu
Maka
Berangkatlah ....... pergilah segera .....
Biarkan saja aku
Biarkan saja aku disini
Pergilah ........ terbanglah ...... melayanglah .......
Aku
Tulip Unggu
No comments:
Post a Comment