Pak2 menteri, VVIP atau yang terkesan negatifnya cuma pada kita orang kebanyakkan.
Bolehkah kita pegang pada jaminan Sime Darby bahawa mereka tidak akan meminggirkan orang-orang miskin... orang2 kita.
Petikan Dr Akhbar Utusan.
KUALA LUMPUR 18 Dis. - Konglomerat Sime Darby Berhad (Sime Darby) yang mengesahkan hasrat untuk mengambil alih 51 peratus kepentingan dalam Institut Jantung Negara (IJN), memberi jaminan untuk mengekalkan khidmat sosial perubatan jantung kepada golongan miskin.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid berkata, aspek tersebut adalah antara tiga syarat yang digariskan oleh Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dalam surat persetujuan secara prinsipal bagi Sime Darby mengambil alih kepentingan tersebut dalam IJN.
Surat EPU tersebut ujarnya, mensyaratkan Sime Darby supaya memberi komitmen untuk meneruskan tanggungjawab sosial kepada golongan berpendapatan rendah dan miskin termasuk kakitangan kerajaan seperti yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan menerusi IJN sekarang.
Ciss entah kenapa, hati terasa begitu terpanggil untuk menyatakan sesuatu... Syarat yang longgar atau penggunaan ayat yang tidak tepat. Kita terpaksa terima kalau satu hari nanti yang sebaliknya berlaku......
2 comments:
tu ar, nak buat camner...
adat dunia kan..
yg senang makin senang..
yg susah bertambah2 susah ooo
Ni yang buat aku lagik2 benci
Pak Lah n Kerajaan
Post a Comment