Monday, August 27, 2012

Mahu berbicara ingin didengar ....

    Ada masa senggang kerana mengisi hari2 terakhir di ofis ini
Jujurnya ada rasa kesangsian dan keraguan yang amat kerana
sudah terlalu lama berada di sini, ditempat yang sama untuk
7 tahun lamanya ....
   Masa senggang kadang2 buat nafasku menjadi sesak kerana
hakikatnya aku seakan tak punya si telinga yang mahu mendengar
celoteh dan bicara tentang kesangsian aku ini ...
   Benarnya aku mahu yang bernama IBU itu menjadi pendengarku,
dan sekali lagi hakikat dan kenyataan telah mengalahkan aku ...
aku tak punya IBU ...dia sudah pergi dan tak mampu lagi
mendengar keluhan aku ...
  Buntu dan sayunya menjadi aku ... kiranya aku mahu yang bernama
IBU itu mendoakan setiap langkahku ... aku mahu yang bernama IBU itu
melegakan kesangsianku ... aku ingin sekali yang bernama IBU itu ada mendorong
dibelakang ku kiranya ... hakikatnya aku tidak lagi mempunyai IBU ...
  Siapa pun yang mampu menjadi pendengar setia seperti seorang IBU
jujurnya tak pernah ketemui org itu ...
  Berat lelah dan nafasku seakan tersangkut ... aku ingin sekali berkongsi
rasa ini dengannya yang bernama IBU ... hmmm mungkin patut kuhela
saja rasa berat ini sambil mendongak kelangit ... biarkan udara sesak itu
menghilang dibalik awan kelabu ....

 

Friday, August 17, 2012