Friday, July 3, 2009

Alhamdulillah Syukur ....

Diselangi kesibukan melampau dek hari langsung yang bakal menjelang tidak lama lagi ...
(hmmm... kesibukan hati barangkali) usahaku memenuhi kecintaan terhadap penulisan sudah menampakkan wajahnya.

Menulis tentang cerita manusia, cuba melakarkan kehidupan mereka, kehidupan yang penuh dengan rencah dan rasa, seakan memberi seribu kepuasan buatku. Buat mereka yang pernah membaca cerita2 kecilku itu, mereka pasti dapat menangkap kebanyakkan paksinya ialah kedukaan, jalur2 penceritaannya lebih kepada kehampaan.


Semalam seorang rakan memberitahu, begitulah kau ... kau yang suka amat bersedih. Katanya, itulah cara aku.

Langsung tidak terbenyak dengan kata-kata itu. Balasku padanya cuma mengiakan.
Kesedihan, kedukaan dan kehampaan menjadikan aku lebih manusia. Menjadikan aku lebih perasa ... jalur2 persimis itu tidak pernah menjadikan aku manusia yang kalah pun.
Jalur itulah yang banyak memberikan cetusan dan curahan idea dalam memenuhi kecintaanku pada penulisan.


Alhamdulillah...
syukur ...
Moga2 jalan yang terbentang itu tidak akan pernah ada hujungnya. Terima kasih pada semua ... ketahuilah bahawa jalan itu sudah terbuka untukku. Masih berbekalkan jalur2 itu, kuharap ia mampu menghasilkan sesuatu yang bermakna ... punya makna, biarpun cuma pada seorang ...


Aku
Mastura Isa