Wednesday, December 31, 2008

Azam for 2009


Apa ek .....
Heran lak aku mcm tercari-cari apa ek azam aku untuk tahun 2009
Sebenarnya aku ni jarang nak buat azam apa2 just bila aku nak smthg aku usahalah dapatkan ...
Banyak jugak apa yang aku harapkan n usahakan telah membuahkan hasil di tahun ini ....
Chaiyokkkkkk!

Antara harapan n usaha untuk tahun 2009:
1. Langsung perkahwinan seperti yg dirancang
2. Tambahkan amal
3. Banyakkan senyuman kurangkan ketawa ..... hehehe
4. Hadiahkan smthg buat mereka yang aku sayang ....... mulakan di bulan Januari
5. Apa lagi ek ....... nak buat semua yang indah2 n baik2 untuk tahun nie

Gambatte neh mastura san !!!!!!!
Chaiyok!! Chaiyok!! chaiyok!!!

Dia Yang Diam ...

Dah 3 hari dia mendiamkan diri .....
Mungkin dia bz ngan cik Twinkell Bell or dia marahkan aku ........
Kalau dia membaca ini ...... Soriiiii sgt.........
Dah 2 hari aku demam panas & selsema .... dok tdo saje
Dah banyak kali call tapi phone dia tak berangkat .....
Maaf ye ..... & aku rindulah sangat2 kat ko ......

p/s : Miss U :(

Tuesday, December 23, 2008

Aku Nak Diam

Ngantoknya ..... semlm tdo tak lena pun ......
Puncanya dah 2 3 hari kepala aku weng2 ....... fening
Pelik dah lama tak pening mcm tu ....... lepas tu asyik ada gangguan jer .......
Rainy sikit datang naik atas katil n bunyi2 .... nape lak yang oii........
Lapar ke...... dah aku bagi mkn n sambung tdo dia datang lagi mengiau-ngiau .......
Rainy ......... nape nie ........ sampai ke pagi dia bunyi2 .....

Bangun pagi mood pun dah xder ...... dgr jam bunyi aku malah tarik lagi kain selimut
Ngantok n ingat tadi nak amik mc tapi demi bonus yang akan menjelma 2 3 hari lagi kenalah tunjuk rajin kit kan ........

So aku ingat arini.....
Aku nak diam ...... aku malassssss nak layan orng yang buat aku pening kepala 2 3 arini n tambah weng2 tu ....
Syyuuuuuu diam arrrrrr

Monday, December 22, 2008

Suara Yang Manis

Entah kenapa teringat pada suara itu.
Suaranya manis sekali terasa rindu benar pada dia.
Winnie ...... salah seorang client saya ...... suaranya manis benar.
Bila2 hati terasa risih bila disapa panggilannya seakan terubat hati ini.
Peliknya dia tak pernah saya temui. Kami cuma seringkali berbicara di telephone.
Pernah juga ketika airmata betul2 ingin tumpah tiba2 disapa panggilan Winnie.
Suara yang manis itu seakan sedap benar di telinga. Saya khabarkan pada dia .....
" Winnie ..... suara U manis sekali ...... bila dengar nak menangis pun tak jadi ......"

Ada juga ketika saya merasa tiada siapa2 lagi yang mahu mendengar ...... ketika airmata laju saja ingin tumpah.
Saya menekan nombornya. Bila telinga disapa empunya diri ..... saya katakan padanya .....
"Winnie I tengah sedih ....... boleh dengar suara U......."


Akhir sekali suara manis itu menyapa telinga ini, saat dia memberitahu bahawa dia akan bertukar kerja.
Itulah kali terakhir juga suara manis itu menyapa telinga.
Hari ini entah kenapa telinga ini merasa amat rindu pada suaranya.
winnie ...... di mana kamu

Friday, December 19, 2008

Mastura Yang Rajiiiiiiiiiin

Nape ek aku rajin benar nie....
Hari nie jer dah banyak entry aku buat kan ......
Hahahaha.... sebabnya dari pagi tadi aku xder kerja sgt .....
Boss aku ...... boss aku langsung hilang ......... x balik2 lagi dr lunch....
Klu aku assistant dia ni xder kerja .......
dia lagilah ....... LALALALA ingat nak ajar dia berblogging lah ......

Busan nie ......
Call pari2 aku dia off handset jer mybe bz ngan cik Twinkel Bell.....
Call Bibie aku ...... dia bz ni ..... kata ari jumaat ......
Jeling ofismate sebelah dia macam asyik ngadap pc jer .....
chat lak ..... alia mana poie lak ......
Nape semua orang bzzzzzzzzz ek .......
& nape lak aku n boss aku mcm free jerrrrr........
LALALALALALA........

Awat la Hang nie Pak Lah Oiiiiii

Mungkin aku nie negatif punya orang.
Tapi hati aku nie entah nape..... ade jer tak puas hati bila orang tua ni bukak mulut...
Hgin...... aku tadi tgok paper Online utusan ......

Petikan dr Utusan
KUALA LUMPUR 18 Dis. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, dua perkara penting akan diberikan keutamaan oleh kerajaan dalam menghadapi suasana ekonomi sukar pada tahun depan iaitu memastikan bekalan makanan mencukupi dan keamanan terjamin.
Menurut Perdana Menteri, kedua-dua perkara itu amat penting dan perlu diberikan jaminan kerana ia dapat memberi kekuatan kepada kerajaan untuk memberi perhatian terhadap perkara lain.
''Tidak boleh beli baju baru, tidak boleh beli kereta baru dan tidak tukar kusyen baru, tidak apa. Tetapi kita mesti ada makanan yang cukup untuk rakyat, itu amat penting sekali," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini hari ini.


Dia ada pikir sebelum cakap benda nie.
Bukan nak dia pikir n timbang betul2 (mana ada masa dia nak pikiq pun ......) tapi dia ada pikir dua kali x sebelum nak cakap benda nie.
Dia pikir tak bila kita tak beli baju, bila kita tak beli keta baru & bila kita tak tukar kusyen means kita tak menjana ekonomi.
Abis org yang jual baju tu .... dari Bernand Chandran sampai peniaga2 kecik kat pasar malam, orang jual keta tu dr CEO dia sampailah yang kerja kilang keta ....... peniaga kusyen dari taukeh2 besar sampailah orang2 asli yang dok bekalkan rotan .....
klu meniaga tak laku ..... klu business lingkup .... depa nak makan apa!!!!
Ada pikiq kaaaaa!!!!!!
Ingat dok pejam2 makanan boleh mai depan kita ka......
Ini perkara dasar ..... so klu pendapatan xder..... so klu ekonomi tak dijana....... apakah masih terjamin keamanan kita nie......

Ngokkssss betul PM aku ...... hai..... ya pun nak bercakap...... ya pun nak jadi warga marhaien......
Pikiq2 jauh sikit ......... at least pikiq dua kali before cakap ........
Patutnya dia n Pak2 menteri pikiq la macamana nak menjana ekonomi ...... setakad nak cakap benda tu ( yang aku bold tu .......) TAK PAYAH LERRRRRR......

Awat la hang nie Pak Lah oooiiiiiiii

Wedding Planner

Balik kampung aritu bukan setakad nak sambut raya haji
tapi ada benda nak bincang ngan wedding planner aku .......
Rancangnye nak buat kenduri bulan Mei or June .....
sudahnya kena postpone
Reasonnya satu jer wedding planner aku tgah pregnant.
Wedding planner aka along aku nie mybe delivery dlm bukan April so pantang lagi maka .....

Dengan itu mybe majlis aku cuma akan berlangsung paling awal bulan 10 lepas raya tahun depan ...
Bila semua urusan dia yang akan buat so kenalah ikut masa dia ...... hehhehe
Along yang nak buat cadar
Dia yang nak buat bunga telur
Dia yang kena buat hantaran ...... semua harapkan along
Lagipun kat tempat aku tu along lah wedding planner yang org carik2 .......

So tunggu jerlah kan ......
Huhuhuhu........

Twinkel Bell & The Spell

Wah ada orang tu terbang melawat buah hatinya ......
Twinkel Bell....... di satu pulau....
Tapi sayang dia balik dengan sedikit rasa hangin di hati ....... (itu katanya ...... ye kerrrr)
Atau mungkin dia bersedih kerana terpaksa meninggalkan buah hatinya itu ....
Twinkel Bell telah menawan hatinya sejak 8 tahun yang lalu mengikut empunya ceritera.
Lama tu.... tentu dia sudah kenal akan Twinkel Bell....
sudah tahu segala-galanya ..... semuanya....

Maka padanganku satu .....
Jagalah Twinkel Bell mu itu baik2 ........






p/s : Love spelled by Twinkel Bell :)

IJN & Nasib Orang-Orang Kita

Bila IJN nak diswastakan ..... siapa yang akan tercalit & terpalit dengan kesannya.
Pak2 menteri, VVIP atau yang terkesan negatifnya cuma pada kita orang kebanyakkan.
Bolehkah kita pegang pada jaminan Sime Darby bahawa mereka tidak akan meminggirkan orang-orang miskin... orang2 kita.

Petikan Dr Akhbar Utusan.
KUALA LUMPUR 18 Dis. - Konglomerat Sime Darby Berhad (Sime Darby) yang mengesahkan hasrat untuk mengambil alih 51 peratus kepentingan dalam Institut Jantung Negara (IJN), memberi jaminan untuk mengekalkan khidmat sosial perubatan jantung kepada golongan miskin.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid berkata, aspek tersebut adalah antara tiga syarat yang digariskan oleh Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dalam surat persetujuan secara prinsipal bagi Sime Darby mengambil alih kepentingan tersebut dalam IJN.

Surat EPU tersebut ujarnya, mensyaratkan Sime Darby supaya memberi komitmen untuk meneruskan tanggungjawab sosial kepada golongan berpendapatan rendah dan miskin termasuk kakitangan kerajaan seperti yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan menerusi IJN sekarang.

Ciss entah kenapa, hati terasa begitu terpanggil untuk menyatakan sesuatu... Syarat yang longgar atau penggunaan ayat yang tidak tepat. Kita terpaksa terima kalau satu hari nanti yang sebaliknya berlaku......


Thursday, December 18, 2008

Ku Pohon Diberikan Hujan

Ketika hujan mencurah seluruh alam .....
Ku pinta tuhan munculkan mentari
Ku rindukan panas
Ku impikan pelukan hangat langit cerah

Tapi Saat kemarau melanda
Dan sejuk menghilang seperti yang aku harapkan
kenapa pulak ku pinta tuhan berikan hujan ......
Mine
Tulip Unggu

Wednesday, December 17, 2008

Mangsa Yang Cedera

Nilah kaki Ida aka maksu yang tercedera.
Diterkam oleh Rainy. Dia terkam n terus cakar.

Side lagi satu.
Bahaya tul bila Rainy naik panik ek.

Malam tu Leo tak mau makan.
Bagi ikan saja pun dia tak mau.
Dok tdo dlm bakul jer.

Sebagai mummy yg misali so aku suapkan ikan ke mulut dia.
Rasa sikit baru dia mau makan. Tu pun nak bersuap.

Sedapkan mummy suap.
Hehehehe

Tuesday, December 16, 2008

Leo Diserang & Rainy Yang Panik.....

Semalam pagi masa kuar nak g ofis.
Bukak jer pintu kucing gemuk sedang tunggu depan umah.
Kucing ni besar tau n dier ganas.
Selalunya kucing klu kita halau dia g jer tapi kucing gemuk nie dia akan lawan balik atau terkam kaki kita.
Sungguh ganas so setiap kali nampak dia depan pintu aku mesti dah bersedia at least curah dia ngan air. tu jer caranya dia akan lari.
Tapi semalam tak sempat.

Bukak jer pintu Leo meluru kuar terus depa menerkam sesama sendiri.
Kucing gemuk tu serang Leo. Aku terus je amik handbag N pukul dia sebab dia terus menerus menggigit Leo. Masa tu Rainy kat dalam tapi dengar bising dia pun kuar.
Masalahnya dia panik ....... konon nak menolong abangnya ....... tapi sebaliknya dia p sambar kaki adik aku. Dia terkam kaki ida, cakar n gigitt...

Aku terus jer pukul kucing gemuk tu sampai dia lari.
kaki Ida dah berdarah. Leo lari masuk umah. Rainy masih terkejut.
Takut apa2 jadik aku letak minyak gamat kat kaki Ida n badan Leo.
Petang tu kaki Ida semakin bengkak n balik umah Leo lak tak nak makan. Asyik tdo jer....


Sedihlah hati bila tgok keadaan kucing yang murung macam tu.

Hangin pulak pikir kucing gemuk tu.
Ingat pompuan nyanyok dah xder.... means xderlah lagik ancaman....... lain lak.......
Or adakah kucing gemuk itu jelmaan pompuan nyanyok ......
Ahhhhhhhh takutnya aku .....

p/s : Next week aku letak pic depa yang tercedera tu ek ....

Monday, December 15, 2008

Buat Apa Kat Kampung

Naik bas kul 11 dari Shah Alam sampai AS lak hampir 7 pagi.
So umah dah cerah ..... Ayuni yang sambut kat pintu dengan senyuman.
Rindunya kat Ayu... makin tembab dia.

Cish orang dari Langkawi yang patutnya dah sampai belum nampak wajah pun.....
Bot delay ke sis .......

Nilah agenda kat kg .... sehari sebelum raya bz arrrr buat ketupat.
N sebagai bukti betapa bznya buat ketupat n bzzzzz tersangat2 aritu so x derlah gambar dok buat ketupat.
Hehehe :0)
Ni malam raya ...... setelah ketupat siap di rebus
Makan2 ...... rendang haritu kak lia yang buat dengan bantuan bebelan Along dari jauh

Ni sebenarnya gaya depa makan. Yang gambar atas tu saje depa sopan santun depa kamera. Heheheeehe .......


Ni sesi bergambar setelah kekenyangan ketupat.
Sedappp kan ..... mestilah siapa yang balut ketupat tu kan.

Di pagi raya. Ayuni n Jazmina dah tak sabar nak p jalan.
Orang lain still tak siap lagi.
Tgok dua anak beranak kat belakang tu.... mantain jer
Mandi pun belum tu (nasib yang amik gambar nie tak nampak ek)
Hehehe.......

Kat umah abang raya ke-3
Sarapan kat umah dia. Sarapan roti canai.


Ni malam raya ke-3
Kenduri makan pizza n KFC. tgok angah jeling sape tu ek ........
Best malam tu semua ada. Abg pun mai ngan anak2. Is pun ada.
Nyapp.. nyapp...... Ingat diet masing2 ek.....
Banyak lagi agenda tapi selalunya lupa nak amik gmbar.
Masa g kampung kat Anak Bukit pun lupa amik gmbar.
Asyik sgt dok tgok sawah yang sedang menghijau ......... rindunyaaa.....
N paling best balik kg macam ni ialah dok lepak2 dalam bilik sambil chat sampai tgah2 malam.
Chat ngan alia, ngan angah, ngan Fatin, Lisa, Ayu n Putri pun.
Sembang2 sambil gelak sampai kuar airmata. Malam tu jugak angah telah kembali mengenang kenangan lampau yang buat kami bertiga ketawa tak hingat. Hehehehe xleh cerita sebab ngan cakap jgn bagi tau sape.
Alia hg ingat ke ...... hehehe

Wajah Kesayangan Hamba

Minggu lepas balik kampung
At last dapat jugak jumpa dengan mereka2 yang aku rindu sgt2.......


Ayuni ......
Masa dia kecik2 aku ada jaga dia
Perkataan pertama dia pun aku yg ajar ...
Aku ajar dia sebut 'cicak' sebab dia suka tgok cicak kat syiling.
Masa jaga dia tu aku bergelar penganggur so byk arrrrr kesedihan.
Bila sedih dukung dia ...... bila sedih bawak dia jalan2 ......
Mungkin sebab tu aku paling rindu dia nie.
Bila sedih pandang wajah n tenung mata dia mesti hati rasa lega jer ....


Putri....
Budak kecik ni ....
dari dia baby sampai ler bertatih mmg aku yang jaga dia
Masa decided nak crk kerja kat KL sedih sgt2 kena tinggalkan dia ....
Now dah besar n dah pandai dok berleter

Jazmina
Nilah anak buah aku yang paling kuat bercakap aka berleter hehehe...
Dia pun aku jaga masa kecik2 dulu .....
Masa tu mcm heaven oo... sebab dok kat langkawi ....
Tapi sgt mencabar jaga dia sebab dia tak suka makan.
Yang dia suka satu benda jer iaitu Bercakap .....
klu leh bercakap tak ingat dunia .... hehehe

Alisa
Dah anak dara pun ..... Dia pun masa kecik2 aku jaga bila time
cuti semester.
Kuat makan nie ..... pagi2 lagi nak hadap nasik.
Kadang2 sambil makan pun leh terlelap.
Dia ni rajin sgt aka kuat membodek (2 kata kakak dia arrrr)
Terubat jugak rindu kat derang .....
Ini cuma sebahagian wajah2 kesayanganku.
Sebab semuanya yang ada kat kampung tu.... semua aku sayang n rindu sgt2 ......

Wednesday, December 3, 2008

Alia Hepi Besdayyyyyy




Hepi besday to U...... hepi besday to U......

Wah2 sudah makin naik angkanya kan..... maknanya aku pun dah semakin "muda"
Arini besday kakak aku yg seorng nie. Dia ni garang tapi lembut ..... kegemaran mak2 sedara sebagai calon isteri..... hehehe

Kat umah dulu ramai gak dok admire dier..... aku jerrrrrr xdak sape dok admired (sedihnyaaaaaaa....... dolu2 la....... la ni ramai...... hehehehe :)

Dulu masa kecik kami selalu gaduh ...... aku n adik selalu nak buli akak aku nie. Aku n adik geng dr kecik2 lagik. Tapi masa tingkatan 1 aku terpisah ngan dia sebab kami pindah Perak tapi Alia tak ikut...... setahun tanpa dia aku rasa sepi sgt....... aku rasa kehilangan sangat......
Masih terasa lagi saat aku dok tepi tingkap umah kat Perak tu pandang langit rindukan Alia.
Next year bila dia join kitaorg duduk Perak aku pun kamcing ngan dia.
Yerlah g sekolah sama2...... balik sekolah lalu depan pokok ketapang yang ada penunggu.
Penunggu tu dok tunggu Alia la..... cish dia punya admire lagi ......... mana2 pergi mesti ada yang admire...

Sekarang ni bila duk KL ni n dia kat Langkawi ....... terasa balik rindu lama tu. Aku rindu sgt kat dia...... Rindu nak cerita2 kat dia.......
Yess ujung minggu ni balik A.S akan aku bercerita panjang dengan dia .......... Yuhu.....
Alia tunggu aku n kita P kenduri Pizza.......

Selamat ulang tahun kelahiran .........
Moga dimurah rezeki dan bahagia selamanya......



Tuesday, December 2, 2008

Macamana Nak Diet ekkkkk

Semalam rasa dah makan macam2 sgt.
Lunch pari2 belanja McD aku makan ayam n bubur (kecik jer).
Balik petang g giant, past shopping mkn kteow goreng.
Balik umah dok baring2 teringat lak maruku yang aku beli.
Sudahnya ngadap maruku ngan Leo ....... leo kan suka makan jajan. Huhuhu.....

Hubby call aku pun bgtau arini aku dah makan mcm2. Dia cakap diet sikittttt ....... kang tak muat baju pengantin ........ ( eleh aku leh buat yang besar2....... mesti muatnya......)
So aku cakap esok aku mmg plan nak diet, jeles lak tgok tabtibau dok diet kan kan kan (jgn mare yerrrr). Lgpun masa kat giant aku dah plan nak mkn roti jer pagi2 esok.

Dengan berkobar-kobar nie.... pagi2 tadi buat milo aku cicah ngan roti jer. Kenyang......
Jeng jeng ..... si Debra interkom aku bgtau ...... Mas rosni dah beli nasi lemak bkfst untuk semua k...... musnahhhhhhh hancur leburrrrrrrrr......... jahat punya boss........... nape masa nie dia nak belanjaaa.... saje jerrrrrr (sedangkan 2 3 minggu lepas kak rosni aka boss aku nie dok canang yang dia makan nasi sekali jer seminggu sebab diet.... tercabar tullll aku masa tu ....)
So nape arini dier belikan bkfst kat semua........ saje jerrrrrrr
Untuk itu lunch tadi aku just minum jerrrrrr amik le chi kang .... ( tabtibau sebut laici le chi k... ni lis tau.... sama jugak laci mari dia sebut le chi....... :) jgn mareeeee)

So macamana nak diet mcm ni.
Ada jer manusia2 yang nak ranapkan diet aku ....... saje jeeeeeeee... or korang ada idea bernas...

Naik Angin.....

Huhuhuhu....
Semalam mungkin hari hangin sedunia.
Boss aku yang maha sabar pun naik angin. Tapi sebenarnya dia ngan aku sama jer dua2 kaki hangin.
Boss aku nie memang klu nak bagi dia naik bara senang je. Tapi semalam memanglahhhhhh...
Bila berurusan dengan North Port nilah jadinya. Ngoks tul dari customer service dia sampailah boss2. Sepagi aku n boss aku nie try menyentelkan masalah ....... masalahnya..... yang jd masalah utama sepagi tu adalah orng North Port sendiri.
Mula2 memang ler aku cuba setle sendiri tapi bila depa buat dek jer sebab kuasa aku tak seberapa maka aku barakan boss aku.
Hahaha n bila dia take over terus dia lagi2 bara. Hahahaha
Sejak menceburkan diri dengan bidang nie..... sifat yang kita kena ada paling2 ialah kesabaran yang tinggi, ni nasihat boss aku ........ tapi boss aku kata ada penambahan...... ko kena sabar tapi kena tegas n garang sikit ........ klu tak alamat kolah yang nangis.
Dulu-dulu bulan pertama memang aku byk makan air matalah, x caya tanya mid n tabtibau .... aku selalu call depa just untuk menangis...... Huhuhu..... aku kan cengeng.
Tapi lama-lama ni..... dah jadi otai nie....... aku punya falsafah senang jer....... biar aku jadik garang.... biar depa yang nangis sebab aku ....... Hahahahaha.........
kembali kepada cerita asal ...... rupa2 nya boss aku pun sangkut. Tak dapat settle sudahnya dia bawak benda nie ke atas n boss besar cuba settlekan..........
Bila namanya boss besar, dia angkat satu call terus jer settle ........... senangkan!
So impian aku nak jadik mcm boss besar arrrrrr........ harap2......
Hahahahah